'Influencer' ditahan di Johor lepas disyaki keluar komen sensitif kes pukul OKU


  • 112
  • Ahad, 26 Jan 2025

Lelaki OKU melanggar sebuah gerai makanan sebelum dipukul beramai-ramai peniaga serta pengunjung pasar tersebut pada 17 Januari lepas.

POLIS menahan pempengaruh media sosial selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan mendatangkan kegusaran awam berhubung kes pukul membabitkan OKU pada Ahad.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pada Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata, lelaki itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor pada pukul 6.55 pagi.

BACA LAGI: Tunai janji selepas 53 tahun kahwin, bekalan elektrik terputus pahit manis Salleh ke Kashmir bersama cinta hati

BACA LAGI: [VIDEO] Gen Z sanggup berhabis untuk 'travel' berbanding membeli barangan mewah

Wan Muhamad berkata, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan polis mendapat perintah reman sehingga Isnin bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Selain itu, suspek juga akan disiasat mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai lelaki OKU mental dipukul di hadapan orang ramai di pasar pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, Kemaman, Terengganu dipercayai akibat motosikal yang ditunggang memasuki tapak jualan dan terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh.

Insiden itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi, manakala polis turut menahan beberapa individu bagi siasatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram