[VIDEO] Cuba diserkup lelaki dipercayai warga asing, wanita nyaris kena culik di Kuala Langat


  • Tular
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan detik-detik ketika suspek cuba menerkup mangsa menggunakan plastik dari arah belakang.

TINDAKAN seorang lelaki yang dipercayai mahu menculik seorang wanita dengan menerkup menggunakan plastik di sebuah kaki lima kedai gagal selepas mangsa sempat mengelak sebaik menyedari niat buruk suspek.

Kejadian yang dikatakan terjadi di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor itu dirakam oleh kamera keselamatan litar tertutp (CCTV) milik kedai di lokasi terbabit.

Berdasarkan klip yang tular di media sosial, seorang wanita bertudung dilihat leka bermain telefon sambil berjalan di kaki lima deretan kedai sambil diiekori oleh seorang lelaki dari arah belakang dipercayai ketika waktu awal pagi.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Lelaki berkenaan yang turut memegang plastik putih kemudiannya didapati mengejar mangsa sebelum cuba menerkup dipercayai bertujuan untuk melemas dan melemahkan wanita terbabit.

Bagaimanapun, cubaannya itu gagal apabila mangsa sempat menoleh menyedari kehadiran suspek dan mengelak daripada diserkup.

Selepas gagal menangkap mangsa, lelaki berkenaan dilihat segera lari dari tempat kejadian.

6100516365954826648

Suspek terus lari meninggalkan lokasi kejadian selepas cubaannya untuk menculik mangsa gagal.

Difahamkan, wanita berkenaan kemudiannya tampil ke premis pemilik CCTV tersebut untuk mendapatkan rakaman kejadian pada pagi kejadian.

Berdasarkan klip terbabit, tarikh dan waktu menunjukkan insiden itu dipercayai berlaku pada Khamis sekitar pukul 4.37 pagi.

Dalam pada itu, di ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet percaya suspek adalah lelaki warga asing.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi memaklumkan bahawa pihaknya sedang mencari wanita yang dilihat dalam video terbabit bagi mengesahkan motif kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram