[VIDEO] Kereta bertembung SUV, 2 maut termasuk 5 cedera di Tangkak


  • 112
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Sagil - Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, Tangkak, Johor pada Jumaat. — Ihsan bomba

SATU insiden kemalangan membabitkan dua buah kenderaan bertembung dilaporkan berlaku di Jalan Sagil - Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, Tangkak, Johor pada Jumaat malam.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 9.40 malam membabitkan Proton Wira yang dipercayai bertembung dengan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Toyota Harier.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mangsa yang maut adalah dua lelaki berusia 56 tahun yang menaiki Proton Wira manakala lima yang cedera terdiri daripada dua penumpang Proton Wira berusia 21 dan 53 tahun serta tiga lagi menaiki Toyota Harrier.

BACA LAGI: [VIDEO] Teruja 'pose' tepi landasan, pelancong Filipina nyaris maut terperosok bawah kereta api

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 malam sebelum menggerakkan seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak ke lokasi.

"Jarak ke lokasi dari balai ialah sejauh 20 kilometer (km) dengan bomba tiba pada pukul 10.24 malam bagi memberi bantuan.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tujuh mangsa kesemuanya dengan dua daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi cedera," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya lagi, kesemua mangsa cedera dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di hospital berhampiran.

"Operasi tamat sepenuhnya sekitar pukul 10.55 malam manakala dua mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram