SEORANG pelajar warganegara China yang didakwa menculik remaja berusia 15 tahun di Johor Bahru, Johor dilepaskan sementara dengan ikat jamin oleh pihak mahkamah pada Rabu.
Huang Xiaonan, 23, dilepaskan dengan ikat jamin bernilai RM8,000 dengan dua penjamin selepas Majistret A. Shaarmini mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan defendan.
Tertuduh mestilah melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebanyak sekali pada setiap bulan.
BACA LAGI: Pelajar warga China di Singapura tak mengaku culik remaja 15 tahun di Johor Bahru
BACA LAGI: Berselisih faham dengan abang, 4 sekawan culik budak perempuan di Klang dipenjara 3 tahun
Peguam yang mewakili Huang, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin memohon ikat jamin terhadap tertuduh kerana faktor kesihatan dan kapasitinya sebagai pelajar mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah.
Kata Muhammad Nor, Huang memerlukan akses kepada penjagaan kesihatannya serta perlu menghadiri kelas di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Singapura.
Huang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 24 November lalu. — The Star
"Mahkamah menggunakan kuasa budi bicara untuk memberikan ikat jamin dalam kes-kes di mana ia biasanya tidak dibenarkan, seperti dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan penculikan," katanya.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menolak perkara itu dengan berpendapat kesalahan dilakukan Huang tidak boleh diikat jamin.
Pada 5 Disember, Huang didakwa kerana menculik seorang pelajar yang juga merupakan warganegara China dengan tujuan untuk mengurungnya secara rahsia.
Dia didakwa berbuat demikian di sebuah hotel dekat Jalan Station, Johor Bahru pada 4.09 petang, 24 November lalu.
Sekiranya didapati bersalah, Huang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan. Pihak mahkamah menetapkan 27 Januari untuk sebutan semula kes. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram