SEMANGAT juang tinggi berjaya menempatkan Mohd Nur Radzman Mohd Munib sebagai juara bagi acara sukan lipat, duathlon yang berlangsung di Dataran Pantai Morib, dekat Kuala Langat, Selangor pada 25 Ogos lalu.
Pegawai tentera berusia 26 tahun yang bertugas di Kem Terendak, Melaka mengalami kecederaan pada muka, lengan, dan kaki selepas terjatuh semasa pertandingan basikal lipat di Langkawi hanya sehari sebelum perlumbaan di Morib.
Walaupun menghadapi masalah berkenaan, dia tetap tidak gentar, terbang ke Kuala Lumpur pada malam yang sama dan bergerak ke Morib untuk bertanding di kejohanan duathlon itu.
Ketabahan dan tekad Radzman membuahkan hasil apabila dia memenangi perlumbaan berstandard Olimpik yang merangkumi larian 10 kilometer (km), berbasikal 40km, dan larian akhir 5km, dengan masa 1 jam 59 minit 40 saat (s).
BACA LAGI: Francis Chai 'Crocodile Hunter' tanpa senapang, sentiasa hormati 'Bujang Senang'
BACA LAGI: 'Uncle masih ingat saya?', bekas polis Sandakan sebak ditegur mangsa nahas 31 tahun lepas
"Saya mengalami lebam pada bibir atas, dagu, lengan, dan paha kiri. Namun, saya tidak membiarkan itu menjadi penghalang. Saya mengambil penerbangan dan menginap di sebuah inap desa untuk menyertai Duathlon Morib," katanya.
Radzman yang baru sahaja berjinak-jinak dengan duathlon mengakui bahawa, kemenangan sebagai juara bagi acara itu amat bermakna buatnya.
"Saya adalah seorang pelari dan mula bertanding dalam acara berbasikal dan duathlon tahun ini. Jadi, kemenangan ini saya akan ingati sampai bila-bila dan saya berharap ia akan memberi inspirasi kepada saya untuk memperoleh lebih banyak lagi pencapaian dalam kejohanan akan datang," ujarnya.
Untuk rekod, Radzman melepasi garisan penamat dalam masa 1'59"40, mendahului Lokman Hakim Razali yang mencatat masa 2'01:19, dan Jasry Maradius, yang menduduki tempat ketiga dalam tempoh masa 2'03:11.
Setelah menyertai pasukan tentera pada 2022, Radzman kemudian terpilih untuk menyertai kejohanan berbasikal.
Dia melihat kemenangan tersebut sebagai batu loncatan ke arah matlamat utamanya untuk mewakili Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2025 di Thailand.
Sementara itu, Tahira, 35, merupakan pemenang pingat perak pada Sukan SEA Hanoi 2021 melahirkan rasa bangga dengan keupayaannya untuk bersaing dan menang menentang atlet muda.
Di sebalik kejayaannya, ibu kepada empat anak itu masih belum memutuskan sama ada untuk mewakili Malaysia.
Ini berikutan keutamaannya diberi kepada keluarga berbanding menyertai kejohanan antarabangsa.
"Saya hanya menikmati kejohanan itu tanpa memikirkan tentang kemenangan.
"Bagi kejohanan antarabangsa, mungkin lebih baik sekiranya atlet lebih muda dipilih sebagai peserta," katanya.
Mohd Nur Radzman dan Tahira masing-masing dipilih menyertai Titan 77.7 Filipina, acara duathlon jarak jauh yang ditetapkan pada 15 September lalu. — The Star/HANISI TAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram