[VIDEO] Trump arah buka dokumen pembunuhan JFK, pemandu limosin disebut suspek utama


  • Benua
  • Jumaat, 24 Jan 2025

JFK (kiri) ditembak pada 22 November 1963 di Dallas dekat Texas, Amerika Syarikat. — Agensi

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan pengubahan status fail rahsia terakhir mengenai pembunuhan presiden John F. Kennedy (JFK) pada Khamis.

Keputusan itu turut menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia kerana kematian JFK merupakan salah satu kes yang masih mencetuskan teori konspirasi walaupun selepas lebih 60 tahun kematiannya.

Trump menandatangani perintah eksekutif yang turut akan mendedahkan dokumen mengenai pembunuhan adik lelaki JFK, Robert F. Kennedy, dan pemimpin hak asasi manusia, Martin Luther King Jr.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat sumbang satu gol, mata penyerang Moldova, Ion Nicolaescu hampir tersembul lepas buang hingus

BACA LAGI: [VIDEO] Berang isteri tak dibenarkan cuti, suami 'ambush' pengurus pasar raya dengan penyodok di Brazil

"Itu satu tindakan yang besar kan? Ramai orang telah menunggu selama bertahun-tahun, bahkan berdekad," kata Trump kepada wartawan semasa beliau menandatangani perintah itu di Pejabat Oval, Rumah Putih, Washington baru-baru ini.

Selepas menandatangani perintah itu, Trump menyerahkan pen yang digunakan kepada seorang pembantu sambil berkata, "Berikan ini kepada RFK Jr.," iaitu anak saudara JFK dan calon semasa presiden untuk jawatan Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Awam.

Perintah yang ditandatangani Trump itu mengarahkan 'pelepasan penuh dan lengkap' fail JFK, tanpa sebarang penyuntingan seperti yang beliau persetujui pada 2017 ketika melepaskan kebanyakan dokumen tersebut.

"Adalah menjadi kepentingan nasional untuk akhirnya mendedahkan semua rekod yang berkaitan dengan pembunuhan ini tanpa sebarang kelewatan," kata Trump.

Sementara itu, rakaman baharu insiden pembunuhan yang dikatakan lebih jelas mencetuskan semula perdebatan dan minat masyarakat terhadap salah satu misteri terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat itu.

FILE PHOTO: Republican presidential nominee and former U.S. President Donald Trump gestures at the Bitcoin 2024 event in Nashville, Tennessee, U.S., July 27, 2024. REUTERS/Kevin Wurm/File Photo

Donald Trump mengarahkan pengubahan status fail rahsia terakhir mengenai pembunuhan presiden John F. Kennedy (JFK) pada Khamis.

Malah ramai yang bersetuju dengan pendedahan seorang penyiasat dan penulis teori konspirasi terkenal, William 'Bill' Cooper yang mendakwa pemandu limosin JFK merupakan dalang utama.

Pendedahan itu pertama kali dibuat oleh Cooper ketika muncul di televisyen dan mendakwa pemandu limosin Kennedy mungkin terlibat secara langsung dalam pembunuhan tragis itu.

Namun, walaupun ketika itu Cooper menunjukkan rakaman untuk menyokong dakwaannya, kualiti visual yang kabur membuatkan teori tersebut kekal kontroversi dan sukar diterima ramai.

Kini, lebih tiga dekad kemudian, rakaman baharu itu didakwa memberikan pandangan yang lebih terperinci tentang saat-saat terakhir JFK sebelum ditembak pada 22 November 1963 di Dallas dekat Texas, Amerika Syarikat.

Menurut penyokong teori Cooper, video tersebut menunjukkan gerak-geri pemandu limosin, yang kelihatan mencurigakan, seolah-olah mengacukan sesuatu ke arah JFK.

Pendedahan rakaman itu juga mencetuskan pelbagai reaksi. Penyokong teori konspirasi melihatnya sebagai bukti kukuh yang selama ini diabaikan.

Pembunuhan JFK kekal sebagai misteri yang menarik perhatian dunia. Laporan Warren pada tahun 1964 menyimpulkan bahawa Lee Harvey Oswald bertindak bersendirian dalam pembunuhan itu, tetapi teori konspirasi seperti yang dibangkitkan oleh Cooper terus hidup hingga kini.

Jika rakaman itu terbukti sahih, ia mungkin mencabar naratif rasmi dan membuka semula siasatan ke atas kes berkenaan.

Namun begitu, kebenaran mungkin sukar dicapai kerana kebanyakan saksi utama dan bukti asal sudah tiada atau tidak boleh diakses lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram