JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan kenyataan berhubung kontroversi satu hantaran di Facebook berkaitan isu ‘ham' yang menimbulkan kontroversi.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Menurutnya, Jakim juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan.
BACA LAGI: Kontroversi 'ham', 'ham sap', polis sahkan terima laporan terhadap Harith Iskander
BACA LAGI: Tiada persefahaman lagi, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu
"Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam serta menyinggung sensitiviti umat Islam.
"Diharapkan semua pihak dapat mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu (22 Januari).
Sebelum itu, hantaran dalam Facebook dipercayai dimuat naik oleh Harith Iskander mengandungi gambar secawan 'Ham Sap Kopi' berserta kapsyen.
"I'm so confused. My iman tergugat. This kopi will lead me down the wrong path in so many ways.
"Not just tempting me to become 'hamsap' but ALSO confusing me with the word ‘ham’ in it. Ni untuk minum atau makan?
"I must make a polis report because I am so weak I have lost all ability to use logic. Who else is confused," katanya menerusi hantaran tersebut pada Selasa.
Kemudiannya dikomen oleh Cecelia Yap Song KL dengan kenyataan: “All names with Mohammad... got to be renamed then".
Tambah Sirajuddin, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan negara haruslah dihormati pada setiap masa.
"Ia bukanlah alasan untuk masyarakat tidak menjalani kehidupan yang harmoni dalam situasi masyarakat berbilang kaum dan agama," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram