TERENGGANU FC bakal menerima cabaran sukar daripada kelab Indonesia, PSM Makassar dalam aksi peringkat Kumpulan A Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Rabu.
Kemenangan wajib perlu diraih skuad kendalian Badrul Afzan Razali untuk menghidupkan peluang Terengganu mara ke separuh akhir.
Namun begitu, Terengganu juga masih perlu menang ke atas BG Pathum United pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
BACA LAGI: Kehadiran 15 bintang import 7 negara hangatkan NSL 2025
BACA LAGI: Bukan lagi ejen bebas, ex import acah 'scam' Selangor FC kini sertai kelab Eropah
Bertemu pendahulu Kumpulan A, PSM Makassar mempunyai beberapa nama yang sememangnya boleh memberikan masalah buat barisan pertahanan Terengganu.
Walaupun sudah mempunyai beberapa pemain import yang sedang beraksi dengan baik musim ini, pihak pengurusan PSM Makassar dilihat masih tidak berpuas hati dengan persembahan barisan serangan.
Dengan itu, PSM Makassar memutuskan untuk membawa masuk Joao Pereira Albertine atau lebih dikenali sebagai Balotelli daripada Guinea-Bissau.
Rekod Balotelli bersama PSM Makassar agak menarik apabila dia sudahpun menjaringkan dua gol dalam dua aksi domestik Liga Indonesia.
Baru menyertai PSM Makassar pada 12 Januari lalu, Balotelli mempunyai pengalaman luas beraksi di Portugal dengan tujuh kelab pernah mendapatkan khidmatnya.
PSM Makassar merupakan destinasi pertama Balotelli beraksi luar Portugal selepas sekian lama berkelana di negara kelahiran pemain sensasi dunia, Cristiano Ronaldo.
Sebelum menyertai PSM Makassar, Balotelli mewakili Atletico CP dengan dia menjaringkan 10 gol dan dua 'assist' dalam 42 penampilan Liga 3 Portugal.
Sebelum ini Majoriti melaporkan tiga pemain yang perlu diperhatikan oleh barisan pertahanan Terengganu bagi mendapatkan tiga mata penuh.
Antara pemain yang perlu diperhatikan pemain pertahanan Terengganu ialah Nermin Haljeta, Aloisio Neto dan Rizky Eka Pratama kerana tiga pemain ini cemerlang sebelum jendela perpindahan kedua di Indonesia dibuka pada bulan ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram