[VIDEO] Sebelum Dylan Wenzel-Halls, Penang FC destinasi 3 import 'striker' menyerlah di Liga M


  • Podium
  • Khamis, 23 Jan 2025

Selepas mempamerkan prestasi cemerlang, harapan tinggi kini diletakkan kepada Wenzel-Halls untuk membantu serangan Penang.

PIHAK pengurusan Penang FC boleh menarik nafas lega apabila berjaya menemui penyerang berbisa selepas menerima kritikan penyokong Harimau Kumbang susulan prestasi hambar Rodrigo Dias.

Pemain yang dimaksudkan adalah Dylan Wenzel-Halls daripada Australia yang sebelum itu beraksi bersama Central Coast Mariners.

Kehadiran awal Wenzel-Halls ke skuad Harimau Kumbang pernah dipertikai oleh penyokong Penang susulan prestasi hambar pemain berusia 28 tahun itu bersama kelab terdahulu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Wajar lepaskan ke kelab lain, tanpa Jalil Elias pun JDT tetap baik'

BACA LAGI: [VIDEO] Rekod larian bintang baharu Man City hampir menyamai Usain Bolt

Bersama Central Coast Mariners, Wenzel-Halls hanya menjaringkan tiga gol dalam 12 penampilannya di A-League Men (Liga Australia) dan merekodkan 27 jaringan sepanjang karier bola sepaknya.

Walaupun menerima kritikan hebat daripada penyokong Harimau Kumbang susulan keputusan menandatangani Wenzel-Halls pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia, pemain kelahiran Ipswich, Queensland, Austaralia itu sedang membuktikan karakternya di atas padang apabila menjaringkan gol hatrik dalam derbi Sang Utara.

Sebelum Wenzell-Halls menyertai Penang, barisan kejurulatihan Sang Badak pernah membantu beberapa import sendu kembali dipandang dalam kancah Liga Super.

Pemain kelahiran Australia itu juga sedang dikatikan dengan beberapa kelab Liga Super untuk memperkuatkan barisan serangan.

Majoriti senaraikan tiga penyerang import 'kembali hidup' selepas menyertai Penang FC dan diingati penyokong-penyokong Harimau Kumbang:

1. Anselmo Arruda Da Silva

Anselmo Arruda Da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande mewarnai saingan Liga Super dengan menyertai Melaka United pada musim 2019.

Namun bersama Melaka United, Casagrande bukanlah import yang menyerlah sebelum dia menyertai Penang FC semusim selepas itu.

Semasa bersama skuad Harimau Kumbang, Casagrande pernah memiliki deria jaringan yang cukup tajam pada 2021 dengan 12 gol dijaringkan dalam 19 penampilan bagi saingan Liga Super.

Bukan itu sahaja, bekas pemain berusia 35 tahun itu juga muncul penjaring terbanyak Liga Perdana 2018 dengan 18 gol dan merekodkan 21 gol daripada 24 perlawanan dalam semua kejohanan sekali gus dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2018.

2. Lucas Silva

Memalukan dan mengecewakan adalah antara perkataan yang sesuai untuk menggambarkan musim 2022 Penang selepas gagal mengulangi kejayaan pasukan pada 2021.

Bagaimanapun, satu perkara yang berjaya menenangkan hati mereka adalah kehadiran penyerang import, Lucas Silva selepas sumbangannya serba sedikit menambah baik kualiti pasukan.

Pemain berusia 35 tahun itu dibawa masuk ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia Jun 2022 dalam usaha pasukan menajamkan lagi jentera serangan mereka.

Pelaburan itu jelas membuahkan hasil apabila dia menyumbang enam gol dalam 11 perlawanan.

Sebelum menyertai Penang, Lucas tidak menjaringkan sebarang gol bersama Brusque Futebol Clube walaupun melakukan 12 penampilan besama kelab itu.

3. Soony Saad

Soony Saad penyerang yang pernah menyertai Liga Super dengan menjadikan Penang sebagai destinasi mengembangkan karier di Liga Super.

Bekas penyerang Penang FC itu hadir dengan berjaya menghasilkan first impression yang baik dalam kalangan penyokong Penang sewaktu kejohanan pra-musim iaitu Piala Harapan.

Bersama Penang, Soony hanya menghasilkan enam gol daripada 18 penampilan.

Memiliki rembatan padu dari luar kotak penalti merupakan antara kelebihan serta senjata utama pemain itu yang menghadirkan rasa gerun pihak lawan setiap kali berhadapan dengan Soony. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram