SEPASANG kekasih ditahan selepas polis menemui mayat bayi yang baru lahir dengan kesan tikaman di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital pukul 11.15 pagi Selasa bahawa seorang gadis berusia 18 tahun mendapatkan rawatan selepas bersalin tanpa bayinya.
"Polis segera membuat pemeriksaan dan kami menemui mayat bayi perempuan yang disumbat dalam beg di bilik sebuah rumah di sini.
"Mangsa juga mengalami kecederaan di dada yang kami percaya berpunca daripada tikaman objek tajam," katanya pada Rabu.
BACA LAGI: [VIDEO] Along ‘berhati binatang’, bakar rumah ibu bapa peminjam yang sudah meninggal dunia di Kepong
BACA LAGI: [VIDEO] Tengah syok mandi air banjir, budak lelaki hanyut dibawa arus deras di Sanggar
Maslan berkata, polis kemudiannya menahan ibu dan teman lelakinya yang berusia 21 tahun.
Pihaknya turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan ketika kejadian.
"Siasatan awal menyebabkan kami percaya bahawa suspek melakukan jenayah itu kerana tidak mahu keluarga mereka bahawa gadis itu telah melahirkan anak.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya sambil menambah pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap pasangan itu.
Tambahnya, suspek lelaki menganggur manakala kekasihnya pula bekerja sambilan di kedai makanan segera. — The Star/SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram