SATU kebakaran berlaku di sebuah rumah dipercayai dikhianat oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen (along) di Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur pada Sabtu minggu lalu.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan dan memburu suspek selepas tularnya satu video memaparkan seorang individu menampal kertas disyaki notis ugutan dan membaling satu botol plastik berapi ke arah halaman rumah pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian khianat itu berlaku pukul 4.55 petang Sabtu.
BACA LAGI: [VIDEO] Tengah syok mandi air banjir, budak lelaki hanyut dibawa arus deras di Sanggar
BACA LAGI: Bantuan STR Fasa 1 disalur mulai Rabu kepada hampir 9 juta penerima
Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun.
"Kejadian itu berpunca daripada hutang yang dibuat oleh adik pengadu dengan pihak peminjam wang disyaki along berdasarkan notis ugutan yang ditampal pada pagar rumah.
"Adik pengadu telah meninggal dunia pada Disember 2024 di Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Mereka juga boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.
Kes juga disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, kejadian tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng selepas menerima aduan daripada seorang individu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram