Polis tahan suspek ke-6 kes pukul pak cik OKU di Kemaman


  • 112
  • Selasa, 21 Jan 2025

Sekumpulan individu bertindak memukul OKU yang melanggar gerai sehingga menyebabkan tumpahan makanan pada Jumaat lalu.

SEORANG lagi lelaki terlibat dalam kes pukul Orang Kelainan Upaya (OKU) mental yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu pada Jumaat lalu ditahan pihak polis.

Mengikut laporan Buletin TV3, hal itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan yang menjadikan seramai enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, kira-kira pukul 1.50 petang Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Kemaman tahan seorang lagi suspek pukul, seret OKU langgar gerai pasar tani

BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru suspek pukul penunggang OKU langgar tapak niaga Pasar Tani Padang Astaka

WhatsApp-Image-2025-01-21-at-2.37.42-PM-e1737442094197

Suspek yang berusia 35 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan. Utusan Malaysia

“Sebelum ini, kita telah menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun, menjadikan sudah enam kita tahan untuk siasatan. Pihak polis sedang menyiapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut dan kita minta orang ramai tampil bagi membantu polis,” katanya.

Sementara itu, suspek keenam terbabit dibawa polis ke Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu pada Selasa untuk mendapat perintah tahanan reman.

Majistret, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin kemudiannya membenarkan perintah tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari bermula Selasa.

Ia bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

WhatsApp Image 2025-01-21 at 4.06.06 PM

Mangsa yang berseorangan dipukul tanpa rasa belas kasihan.

Sementara itu, Sharifah Amirda Shasha turut membenarkan reman terhadap suspek keempat yang berusia 32 tahun disambung dua hari lagi.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa lelaki OKU terbabit yang berusia 47 tahun dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pada Jumaat, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Mangsa dipukul dipercayai selepas motosikal yang ditunggannya terlanggar salah sebuah gerai jualan sehingga menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pembeli di pasar tani terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram