KABINET akan berbincang pada Jumaat untuk mencari pendekatan terbaik bagi menggantikan pelaksanaan tol percuma setiap kali musim perayaan.
Memetik laporan The Star, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, keputusan pemansuhan tersebut adalah disebabkan dasar terdahulu yang dilakukan sebelum antara kerajaan dan pihak konsesi.
Namun begitu, pihaknya sedia mengambil kira pandangan dan melakukan kajian sebelum mengambil tindakan seterusnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Tol percuma semasa perayaan termasuk Aidilfitri mungkin tak dilaksana tahun ini — Nanta
BACA LAGI: Tol percuma buat pengguna Kelas 1 selama dua hari berturut-turut sempena Krismas
"Isu berkaitan perjanjian konsesi yang ditandatangani sebelum ini, kita harus hormati sebarang perjanjian yang dimeterai.
"Pada masa sama kerajaan sedang meneliti langkah yang boleh kita ambil untuk mengatasi masalah dihadapi rakyat sama ada dari segi kos sara hidup atau kesesakan lalu lintas.
"Mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini apabila sekembalinya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dari lawatan luar negara, insya-ALLAH akan membincangkan perkara ini dan kita tunggu apa hasil perbincangan di peringkat jemaah menteri," jelas Fahmi.
Fahmi Fadzil mengesahkan Kabinet akan berbincang mengenai tol percuma pada Jumaat. — Facebook/Fahmi Fadzil
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tiada tol percuma bagi sambutan Tahun Baharu Cina seperti dilakukan pada perayaan sebelum ini.
Alexander berkata, keputusan untuk menamatkan pelaksanaan tol percuma itu sudah ditentukan oleh Kabinet pada tahun lalu dengan kerajaan sedia mencari mekanisme baharu yang akan memberi manfaat kepada golongan sasar.
Sepanjang pelaksanaan tol percuma, kerajaan perlu menanggung RM35 juta pampasan kepada konsesi bagi setiap sehari ia diadakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram