KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited mengatasi isu guru duka lara dengan membuka permohonan pertukaran guru sepanjang tahun.
Namun memetik laporan Kosmo!, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penukaran itu mesti berlaku sewaktu cuti sekolah.
Katanya, penukaran guru hanya boleh berlaku pada musim cuti persekolahan bagi tidak mengganggu pembelajaran dan pengajaran murid serta pelajar sekolah terlibat.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Doa tembus ke langit', isteri sebak suami rentung ketika kononnya 'outstation' ke Surabaya
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
Fadhlina Sidek berkata, permohonan pertukaran guru mesti berlaku sewaktu cuti sekolah.
"Tertinggi kita tangani (penukaran guru) ialah pasangan jarak jauh. Kita juga beri keutamaan terhadap alasan keselamatan dan kesihatan.
"Ia sekali gus menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan KPM bagi menangani isu tersebut," katanya pada Rabu.
Tambah beliau lagi, kelulusan penukaran guru tersebut turut mengambil kira keperluan serta kesan terhadap profesionalisme perguruan dan sistem pendidikan negara.
"Tidak benar (KPM lambat menangani permohonan guru duka lara), semua permohonan perlu mengikut proses ditetapkan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram