Kabinet umumkan elaun 'on call' doktor pada Jumaat — Dzulkefly Ahmad


  • Primer
  • Selasa, 21 Jan 2025

Beban dipikul doktor dan petugas kesihatan ketika ini amat teruk kerana sesetengah daripada mereka bekerja sehingga 99 jam seminggu.

KEPUTUSAN berhubung kenaikan jumlah elaun on call bagi doktor akan dibuat ketika mesyuarat Kabinet pada Jumaat, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri Kesihatan itu berkata, perkara itu disampaikan kepadanya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

"Saya diberi peluang untuk bercakap dengan Perdana Menteri dan katanya, kita perlu menunggu sehingga mesyuarat Kabinet pada Jumaat bagi mendapatkan keputusan akhir. Ini adalah mandat yang diberikan kepada saya pada tengahari.

BACA LAGI: [VIDEO] Dr Dzulkefly sahkan PKD Seremban serah kompaun kesalahan merokok kepada Tok Mat

BACA LAGI: Laporan kes jasad bayi ‘ditahan’ dijangka siap minggu depan — Dzulkefly

"Semangat itu mencerminkan apa yang disebut pada Ogos lalu dalam ucapan Perdana Menteri dengan kenaika itu adalah sesuatu yang beliau dan saya sudah bincangkan dan beliau juga menyebutnya dalam Bajet 2025," katanya.

Dzulkefly turut menekankan pekerja kesihatan dalam negara berdepan tekanan kerja yang teruk sehingga terpaksa bekerja lebih masa sehingga 33 jam jika on-call dan waktu kerja mencecah 99 jam setiap minggu.

WhatsApp Image 2025-01-21 at 6.32.08 PM

Tempoh bekerja petugas kesihatan dalam negara ketika ini amat membebankan.

"Situasi sebegitu tidak sepatutnya menjadi kebiasaan dalam bidang pekerjaan yang mahu meningkatkan tahap kesihatan orang ramai dan menyelamatkan nyawa," katanya.

Bagi mengatasi cabaran tersebut, Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan sudah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Perubatan pada Januari tahun lalu.

Organsiasi yang terdiri daripada 10 pakar klinikal daripada pelbagai latar belakang termasuk Obstretik dan Ginekologi serta Radiologi untuk menyuarakan isu berkaitan pekerja kesihatan.

Sebelum ini, media melaporkan, doktor kerajaan dalam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kecewa dengan KKM kerana masih mengelak daripada melaksanakan kenaikan elaun on call seperti dijanjikan untuk doktor.

Bahagian pegawai pelatih, pegawai perubatan dan pakar perubatan berkata doktor masih menunggu agar elaun mereka dinaikkan seperti yang diumumkan dua kali tahun lalu.

Menurut MMA Schomos, pihaknya masih menunggu elaun on call yang lebih tinggi, yang diumumkan kali kedua dalam Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lalu, tanpa sebarang perincian mengenai pelaksanaannya. — The Star/ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram