LANGKAH pemberian tol percuma semasa tempoh perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri mungkin tidak akan dilaksanakan pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata, makluman tersebut adalah berdasarkan keputusan Kabinet setakat ini.
Ujarnya, kerajaan memutuskan tahun lepas adalah kali terakhir pentadbiran memberikan subsidi kepada pengguna lebuh raya untuk melakukan perjalanan tanpa tol pada hari tertentu semasa perayaan besar.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
"Ini kerana kita memutuskan untuk menyelaraskan subsidi yang diberikan kerana kita sedang bergerak ke arah penyasaran subsidi (kepada kumpulan berpendapatan rendah).
"Jika kita mengubah keputusan ini, ia akan berdasarkan pertimbangan lain... tetapi pada masa ini, itu adalah keputusan Kabinet," katanya kepada pemberita di Kuala Langat, Selangor pada Selasa.
Pada tahun lalu dan 2023, Kerajaan Perpaduan memberikan subsidi kepada syarikat konsesi tol tertentu untuk menyediakan perjalanan bebas tol semasa Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.
Pada 23 Disember dan 24 Disember lalu, kerajaan membelanjakan RM38 juta untuk subsidi kepada operator lebuh raya.
Bagi tempoh Hari Raya Aidilfitri 2023, Nanta berkata, kerajaan membelanjakan RM93 juta kepada pemegang konsesi 33 lebuh raya utama. — The Star/SHERIDAN MAHAVERA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram