KEMATIAN seorang lelaki warga emas dan anak angkatnya dalam sebuah kebakaran di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah dipercayai kerana bunuh.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya menahan lima suspek termasuk seorang anak saudara mangsa berusia 19 hingga 53 tahun beberapa jam selepas kebakaran berlaku.
Siasatan mendapati polis menemukan minyak petrol yang dipercayai digunakan untuk membakar rumah tersebut hingga membuatkan kedua-dua mangsa rentung.
BACA LAGI: [VIDEO] Kena buli di tempat kerja dan dipulau penduduk punca 9 rumah dibakar di Baling
BACA LAGI: Tiada unsur buli, layanan buruk dalam kes kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu
Mangsa yang dikenali sebagai Ibrahim Mydin, 61 dan Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, sebelum itu sudah membuat laporan polis terhadap anak saudaranya yang merupakan dalang kepada kes sehari sebelum kejadian.
Mangsa dikatakan membuat laporan terhadap anak saudaranya kerana mencuri telefon bimbit.
"Ketika kejadian mereka sedang tidur dalam bilik tingkat atas rumah separa kekal itu. Punca kejadian dipercayai dendam, namun siasatan lanjut masih dilakukan.
"Kelima-lima mereka kini direman sehingga 27 Januari ini bagi melengkapkan siasatan. Tiga suspek utama juga positif dadah jenis syabu dan dua daripada mereka memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram