TEMPOH reman bagi suspek kelima kes pukul lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kemanan, Terengganu dilanjutkan untuk tambahan dua hari.
Suspek yang merupakan lelaki berusia 41 tahun itu diarahkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin untuk terus direman sehingga Khamis (23 Januari).
Sebelum ini, suspek itu direman selama tiga hari semasa memberikan keterangan kepada pihak berkuasa di Balai Polis Kemaman pada Ahad (19 Januari) selepas kejadian yang berlaku 17 Januari lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru suspek pukul penunggang OKU langgar tapak niaga Pasar Tani Padang Astaka
BACA LAGI: Polis tahan suspek ke-6 kes pukul pak cik OKU di Kemaman
Lanjutan kepada tempoh reman itu membolehkan siasatan diteruskan terhadap suspek mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Pemangku Ketua Polis Kemaman, Deputi Superitendan Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata, pihak polis sudah membuat penahanan reman enam suspek yang terlibat dengan kejadian yang di sebuah pasar tani di Chukai, Kemaman.
Pada 17 Januari, seorang lelaki OKU dipukul beramai-ramai selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah gerai makanan di pasar tani hingga menyebabkan kerugian.
Berlakunya pertikaman lidah antara mangsa dengan suspek hinggakan dia dipukul dan diheret ketika hujan sedang turun walaupun lelaki OKU itu dipercayai sudah meminta maaf. — The Star/R. SEKARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram