TIADA sebarang kematian dicatatkan dalam kejadian tanah runtuh yang melanda Genting Highlands, Pahang.
Ketua Polis Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian yang berlaku di Jalan Amber Court menuju Ion Delemen pada Jumaat turut tidak menyebabkan sebarang kerosakan.
Menurutnya, laporan diterima oleh pihak polis pada 2.47 pagi.
BACA LAGI: [VIDEO] Teka-teki rider terduduk, tangan kiri berbalut disyaki kena serang senjata tajam di Bangsar
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan halangan berlaku di kedua-dua arah jalan tersebut.
"Pihak polis mengesahkan yang tiada kemalangan mauh atau kerosakan dilakukan. Kerja-kerja pembersihan jalan sudah dijalankan dan selesai pada 2 petang Jumaat dengan semua kenderaan boleh melaluinya semula.
"Pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Genting Highlands akan terus memantau kawasan tersebut, ujarnya.
Menurut rekod, ia bukan pertama kali kawasan tersebut mengalami tanah runtuh. Pada 2019, kejadian serupa berlaku dan tidak meragut sebarang nyawa. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram