KETIKA tempoh cuti akhir tahun Disember lalu, The Courts di KLGCC, Kuala Lumpur menjadi tempat yang meriah untuk pelbagai aktiviti.
Tulang belakang di sebalik suasana penuh keseronokan ini ialah Jameson yang bersama rakan usaha samanya iaitu jenama pakaian jalanan atau streetwear, HPDC yang menganjurkan aktiviti bertema, Jingle In The Court.
Acara terbabit turut membawa kepada pengenalan kapsul fesyen eksklusif oleh kedua-dua jenama terbabit.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Sementara itu, di gelanggang pula menyaksikan berlangsungnya kejohanan beregu campuran acara pickleball yang terdiri daripada 20 pasukan.
Sejak membuka The Courts dengan penawaran permainan seperti pickleball dan padel, pusat aktiviti itu menjadi tumpuan, sekali gus bertindak sebagai prospek platform pemasaran untuk pelbagai jenama.
Dengan tahap populariti permainan itu yang semakin meningkat, pihak jenama kini turut melihat ruang aktif berkenaan cara untuk melibatkan diri dengan komuniti menjalani gaya hidup sihat dan aktif.
Taman permainan bertenaga
The Courts adalah pusat kepada pelbagai aktiviti seperti padel, pickleball, yoga, pilates dan spin.
Sejak pelancarannya, tempat sosial dan kecergasan itu telah menjadi tuan rumah kepada lebih 20 acara pelbagai daripada pengaktifan berjenama kepada penglibatan seluruh kemudahan dan penganjuran kejohanan dipacu komuniti.
The Courts menjadi pilihan pelbagai jenama untuk penganjuran aktiviti berasaskan komuniti. — Instagram/The Courts
Pengasas bersama The Courts, Abdul Hazli Zainuddin, berpendapat pelbagai syarikat memilih pusat berkenaan untuk mengaktifkan jenama mereka kerana persekitarannya disifatkan dinamik.
"Tidak seperti venue dengan satu fungsi, The Courts menawarkan ruang pelbagai dimensi dengan aktiviti menarik kepada pelbagai segmen pengguna.
“Kepelbagaian ini memastikan jenama mendapat pendedahan merentas demografi yang berbeza, memaksimumkan jangkauan dan penglibatan mereka.
"Ini membolehkan jenama memanfaatkan platform unik yang memupuk interaksi bermakna dalam suasana sinonim dengan gaya hidup aktif dan mementingkan kesihatan," tambahnya.
Tarikan gaya hidup aktif
Setakat ini, penganjuran acara dengan kerjasama bersama beberapa jenama khusus di The Courts telah mengukuhkan daya tarikan sebagai tempat serba boleh dan menarik.
Jenama yang berjaya ditarik olehnya juga pelbagai daripada perbankan kepada teknologi pengguna dan jenama automotif.
Selain itu, acara kerjasama yang dihasilkan turut menyaksikan syarikat menempah keseluruhan kemudahan untuk melibatkan peserta dalam pelbagai aktiviti kecergasan menyeronokkan.
Kejohanan mini yang diterajui pengendali juga menjadi sorotan utama, memupuk keterujaan kompetitif sambil menyediakan platform terbaik untuk jenama berhubung dengan khalayak yang aktif.
"Ini digabungkan dengan potensi untuk pendedahan di tapak dan digital, menjadikan The Courts pilihan yang menarik untuk inisiatif pemasaran yang berfikiran ke hadapan," kata Hazli.
Abdul Hazli menyifatkan pelbagai syarikat memilih The Courts untuk mengaktifkan jenama kerana persekitarannya yang dinamik.
Dari segi penjenamaan, terdapat juga peluang yang luas termasuk paparan boleh dilihat di gelanggang, sepanduk dan skrin digital untuk memastikan pendedahan maksimum.
“Pengaktifan pengalaman tempat itu, seperti percubaan produk dan sesi persampelan, juga membolehkan jenama terlibat secara langsung dengan peserta dan penonton.
“Di luar ruang fizikal, acara di The Courts diperkuatkan melalui promosi media sosial, memperluaskan keterlihatan jenama kepada khalayak dalam talian lebih luas.
"Pendekatan dwi-lapisan ini – di tapak dan digital – menyediakan jenama dengan platform holistik untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keterlihatan mereka,” katanya.
Sukan untuk semua
Menurut Hazli, daripada kesemua aktiviti ditawarkan di The Courts, pickleball dan padel muncul sebagai pilihan paling ketara dalam menarik minat jenama.
"Tahap populariti kedua-dua aktiviti itu yang semakin meningkat serta penglibatan aktif komuniti menjadikan ia platform ideal untuk pengaktifan jenama," katanya.
The Courts turut menawarkan ruang bagi aktiviti pilates.
Selain itu, keupayaan The Courts untuk menjadi tuan rumah sukan ini yang sedang berkembang pesat menambah daya tarikannya sebagai lokasi utama untuk usaha pemasaran berorientasikan gaya hidup.
Jelas Hazli, tempat itu menyediakan platform yang sangat kos efektif untuk jenama berinteraksi dengan khalayak premium.
"Memandangkan demografi yang menarik - individu yang mementingkan kesihatan dan aktif secara sosial - tempat seperti The Courts menawarkan nilai luar biasa untuk usaha penjenamaan," tambahnya.
Selain itu, harga boleh diakses tempat tersebut dan pakej perkongsian fleksibel memastikan jenama pelbagai skala boleh mencipta pengaktifan yang berkesan.
Keterjangkauan ini, digabung dengan kualiti tinggi penonton dan peluang untuk penglibatan fizikal dan digital, menjadikan The Courts sebagai pelaburan berbaloi untuk mana-mana jenama yang ingin mengukuhkan kehadirannya.
Walaupun sudah beroperasi selama beberapa bulan, Hazli berkata, tarikan terhadap tempatnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kemerosotan.
Kongsinya, pusat itu terus menyaksikan peningkatan minat berterusan daripada jenama yang tidak sabar-sabar untuk menganjurkan kejohanan dan acara.
"Reputasi tempat ini sebagai hab untuk gaya hidup aktif dan rekod prestasinya yang terbukti dalam menganjurkan pengaktifan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama untuk usaha pemasaran.
“Apabila kesedaran berkembang, begitu juga jumlah jenama yang mementingkan nilai untuk bekerjasama dengan The Courts bagi mencipta pengalaman bermakna dan tidak dapat dilupakan terhadap pengguna mereka,” katanya. — The Star/RICHARD AUGUSTIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram