Disyaki terbabit lumba haram dengan kawan, polis cari saksi kemalangan remaja maut di Penang


  • 112
  • Selasa, 21 Jan 2025

Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan pada awal pagi Selasa disyaki terlibat dengan kegiatan lumba haram.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4.30 pagi Selasa di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

“Kami menerima panggilan telefon daripada orang ramai melaporkan kemalangan maut membabitkan mangsa lelaki di lebuh raya berhampiran kilang Keysight dari arah George Town menghala ke Batu Maung.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar SMK Sungai Nibong sedang menunggang motosikal ketika terlibat kemalangan di hadapan kilang berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sazalee berkata, jumlah kenderaan terbabit dalam insiden tersebut dan punca kemalangan masih disiasat.

“Belum ada saksi tampil membantu siasatan. Kami percaya rakan mangsa, suspek dalam kejadian terbabit turut berlumba ketika itu.

“Mangsa dihantar ke bahagian forensik Hospital Balik Pulau,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram