PERGADUHAN sekumpulan individu di 'All Rider Kapcai Festival' dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan dua pihak yang hadir ke festival tersebut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dekat Serdang, Selangor pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, polis terkesan satu video tular berdurasi 34 saat di TikTok yang memaparkan sekumpulan remaja terlibat dalam pergaduhan kecil semasa menunggang motosikal.
"Polis mendapati insiden itu tercetus akibat kemalangan ringan membabitkan dua kumpulan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
Pergaduhan sekumpulan individu di 'All Rider Kapcai Festival' dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan dua pihak yang hadir ke festival tersebut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dekat Serdang, Selangor pada Sabtu. pic.twitter.com/73cYsGgqWV
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 20, 2025
"Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada kedua-dua pihak itu atau orang awam mengenai insiden itu setakat ini.
“Kami ingin menegaskan komitmen bahawa tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau lagi, polis juga akan mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur.
"Polis juga akan terus mempergiatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggugat ketenteraman awam," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram