BAGI yang pernah mengunjungi pusat beli-belah yang mempunyai rangkaian kopitiam Oriental Kopi, adalah menjadi satu pemandangan biasa pelanggan berbaris di hadapan premis menunggu meja kosong.
Situasi itu merupakan satu pencapaian luar biasa untuk perniagaan yang hanya bermula pada Disember 2020.
Apatah lagi, ia dibina dalam keadaan yang sangat mencabar ketika negara dilanda pandemik dan juga perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memberi impak cukup besar terhadap ekonomi.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Sejak membuka cawangan pertama di Johor Jaya, Johor, Oriental Kopi telah melebarkan sayapnya dengan cukup jauh.
Jualan dalam kedai makanan jenamanya berkembang dengan cepat termasuk sajian, pastri, mi segera dan hidangan bermusim seperti kuih bulan.
Cawangan keduanya dibuka di pusat beli-belah, MidValley South Key di Johor Bahru kurang daripada enam bulan selepas yang pertama.
Perniagaan itu kemudiannya berkembang dengan pantas ke Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sarawak.
Kini, di bawah Oriental Kopi Holdings Bhd, pengasas bersama syarikat itu membawa perniagaan tersebut untuk disenaraikan dengan menerbitkan 418.1 juta saham pada harga 44 sen setiap satu melalui tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Permodalan pasaran semasa penyenaraian dan berdasarkan harga IPO serta modal saham yang diperbesarkan ialah RM880 juta.
Penyenaraian itu dijadualkan berlangsung pada akhir bulan ini.
Setakat ini terdapat 20 kafe Oriental Kopi di Malaysia dan satu di Singapura beroperasi di bawah usaha sama serta sebuah kedai runcit khusus menawarkan produk makanan berbungkus jenama itu. — Facebook/Oriental Kopi
Menurut CGS International Research (CGSI Research), harga IPO menilai saham pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24) harga kepada pendapatan (P/E) sebanyak 20.4 kali.
P/E merupakan pengiraan yang membantu menunjukkan penilaian terhadap nilai relatif saham sesebuah syarikat.
Secara umumnya, nilai P/E yang tinggi memberi gambaran bahawa pelabur menjangkakan syarikat terbabit mempunyai potensi pendapatan lebih tinggi.
Satu-satunya perniagaan lain dengan profil serupa menawarkan produk makanan dan minuman (F&B) ialah Old Town Bhd yang kini sudah dinyahsenarai.
Saham itu mempunyai P/E sebanyak 13 kali pada IPO, dengan hidangan kopi putihnya menjadi penyumbang utama kepada hasil.
Old Town disenaraikan pada Julai 2011 dan dinyahsenarai pada April 2018.
Pada kemuncaknya, nisbah P/E Old Town melebihi 26 kali.
Pada masa ini, nisbah P/E purata bagi syarikat berkaitan F&B adalah sekitar 13 kali ganda.
Keputusan Oriental Kopi untuk disenarai selepas baru empat tahun beroperasi adalah bertujuan memanfaatkan kecenderungan rakyat Malaysia untuk berbelanja bagi mendapatkan makanan.
Barisan panjang pelanggannya jelas menunjukkan orang ramai terdiri daripada pekerja pejabat pada waktu pekerja dan pengunjung pusat beli-belah di hujung minggu.
IPO itu akan mengumpul sebanyak RM184 juta untuk membina ibu pejabat, dapur pusat, gudang dan yang paling penting, pembukaan 13 kafe dan empat kedai runcit khusus pada 2025 dan 2026.
Pada masa ini, terdapat 20 kafe Oriental Kopi di Malaysia dan satu di Singapura beroperasi di bawah usaha sama (JV) serta sebuah kedai runcit khusus yang menawarkan produk makanan berbungkus jenama rumahnya.
Seorang pelabur menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai "laluan", dalam erti kata lain ia boleh meniru kualiti produk F&Bnya pada skala lebih besar daripada rancangan IPO.
"Sesetengah syarikat tidak boleh meniru cita rasa yang sama, jadi keupayaan syarikat untuk meningkatkan skala operasi adalah satu kelebihan yang besar," katanya, merujuk kepada rancangan untuk menjadikan operasi kafe lebih cekap melalui penubuhan dapur pusat yang juga boleh memastikan kualiti.
Syarikat itu sebelum ini dilaporkan mengalami kerugian dalam tahun penuh pertama operasinya pada FY21 tetapi sejak daripada itu ia terus merekodkan keuntungan dengan keuntungan bersih dan hasil meningkat dua kali ganda pada FY24 daripada FY23.
Bagaimanapun, sentimen pengguna boleh berubah-ubah dengan aspek cita rasa yang bersifat subjektif.
Pelabur menambah bahawa rangkaian F&B yang berjaya mesti mempunyai keupayaan untuk mengukur dan mengekalkan konsistensi rasa.
"Ia masih belum ditentukan sama ada dapur pusat boleh melakukan itu," katanya.
Pada 20 kali P/E, dia merasakan saham itu memenuhi penilaiannya melainkan perniagaan itu boleh berkembang 200 peratus.
“Mungkin syarikat itu melakukannya kerana ia mempunyai rancangan pengembangan yang besar dan IPO hanya melibatkan saham baharu. Tetapi kenaikan harga mungkin tidak setinggi itu,” katanya.
Memandangkan perniagaan terbabit yang mudah ditiru, pelabur lain merasakan penilaian itu sebagai punchy (mengejutkan) tetapi kagum dengan pertumbuhannya sejak empat tahun lalu.
Beliau juga merasakan bahawa cita rasa akan menjadi faktor kritikal sama ada pertumbuhan syarikat itu kekal mapan.
Buat masa ini, barisan yang panjang mungkin disebabkan oleh jenama tersebut yang baru bertapak dalam industri F&B di Malaysia.
Kafe-kafe tersebut menyumbang lebih 90 peratus pendapatan pada TK24, dengan purata RM15.3 juta setiap satu.
Itu merupakan peningkatan 34 peratus daripada RM11.5 juta FY23.
Pelanggan beratur menunggu giliran untuk menikmati hidangan di salah satu cawangan Oriental Kopi. — Facebook/Oriental Kopi
CGSI Research menunjukkan bahawa dari FY21 hingga FY24, syarikat itu mencatatkan kadar pertumbuhan purata kompaun sebanyak 280 peratus disokong oleh operasi kafe, yang berkembang 275 peratus, dan pengedaran makanan berbungkus jenamanya yang meningkat 505 peratus, dibantu oleh saluran pengedaran tambahan dan campuran produk margin lebih tinggi serta semakan harga jualan untuk produk tertentu.
Pengasas bersama Oriental Kopi menyedari faktor sentimen cita rasa untuk mengekalkan kejayaan dan telah berkongsi pada taklimat media dengan pelancaran prospektus bahawa terdapat prosedur operasi standard yang ketat untuk memastikan tahap rasa yang konsisten.
Syarikat itu tidak mahu beroperasi dengan lebih daripada 40 hingga 50 kafe untuk memastikan citarasa tidak terjejas.
Di negara yang memiliki pasaran tawaran restoran jenis kopitiam agak padat, pelanggan pastinya mempunyai pandangan tersendiri mengenai apa dimaksudkan dengan kopi o terbaik atau nasi lemak dan char koay teow yang enak.
Oriental Kopi merancang untuk berkembang di Asia Tenggara, yang datang dengan risikonya sendiri memandangkan cita rasa dan trend pengguna yang berbeza.
JV Singapura dan Paradise Group Holdings Ltd, yang mana Oriental Kopi mempunyai 30 peratus kepentingan, mungkin memberi gambaran tentang tempat syarikat itu boleh berkembang, kata Mercury Securities, kerana Paradise Group mempunyai restoran di Indonesia, Hong Kong dan China. — The Star/FINTAN NG
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram