ANAK kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Kemaman, Terengganu pada Jumaat lalu meluahkan perasaan sedih selepas melihat keadaan bapanya.
Menerusi video dimuat naiknya di akaun TikTok @nrulfrhana._ baru-baru ini, bapanya kini mendapatkan rawatan di hospital selepas kejadian itu.
"Rehatlah abah, dunia terlalu kejam untukmu.
"Terima kasih yang mana mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami.
"Kami sekeluarga hargai sangat, ayah kami sekarang di hospital Terengganu, tengah menerima rawatan," tulisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru suspek pukul penunggang OKU langgar tapak niaga Pasar Tani Padang Astaka
Lelaki tersebut juga ditemani oleh beberapa ahli keluarga lain.
Sebelum ini, seramai tiga lelaki ditahan susulan kejadian yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Terengganu.
Dalam kejadian sama, mangsa dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di situ.
Polis kemudiannya memaklumkan bahawa kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada hari sama.
Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun manakala, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram