TIGA lelaki ditahan susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Kemaman, Terengganu pada Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, mangsa dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di situ.
Memetik laporan Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira pukul 8 malam Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru suspek pukul penunggang OKU langgar tapak niaga Pasar Tani Padang Astaka
"Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya pada Sabtu.
Majoriti pada Jumaat melaporkan mangsa dibiarkan terbaring memohon bantuan di dalam hujan selepas menjadi mangsa pukul di pasar tani berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram