SEORANG lelaki dipercayai Orang Kelainan Upaya (OKU) dibiarkan terbaring memohon bantuan di dalam hujan selepas menjadi mangsa pukul dekat sebuah pasar tani di Kemaman, Terengganu.
Mengikut rakaman yang tular di media sosial, kejadian yang dipercayai berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman itu melihatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di situ.
Lelaki tersebut dikatakan terlanggar salah sebuah gerai di pasar malam tersebut ketika sedang menunggang motosikal melalui kawasan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita pandu ‘King’ ditahan bawa kereta berbahaya, potong barisan di Bukit Bintang
BACA LAGI: [VIDEO] Tanah runtuh di Genting Highlands, tiada kemalangan maut dilaporkan
Pelanggaran itu menyebabkan barangan di gerai tersebut rosak dan ada makanan yang dijual jatuh bertebaran di permukaan jalan.
Ia menimbulkan suasana tegang dengan peniaga dan lelaki tersebut bertikam lidah sebelum dia dipukul oleh orang ramai di tempat kejadian.
Lelaki tersebut kemudiannya dilihat terbaring dan cuba meminta pertolongan namun tiada yang mengendahkannya.
Dalam pada itu, pihak polis yang menerima laporan pada 9.30 pagi mencari sekumpulan individu yang memukulnya untuk membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan, Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, lelaki berusia 47 tahun itu mengalami OKU ketidakupayaan mental.
"Kita menerima laporan seorang lelaki berusia 47 tahun, dipukul di situ dan hasil siasatan polis mendapati lelaki terbabit cedera dalam kejadian terbabit.
"Terdapat video tular berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan lelaki itu dipukul oleh beberapa individu, sehingga mangsa mengalami kecederaan.
"Lelaki itu dikatakan terlanggar salah sebuah gerai jualan di situ menyebabkan barangan jualan tumpah dan terjatuh. Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tempat kejadian bertindak memukul mangsa," jelasnya.
Menurut Wan Muhammad lagi, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dengan kesalahan melakukan rusuhan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram