Pengunjung pasar ikan Sandakan terperanjat jumpa mayat tak berbaju terapung dekat jeti


  • 112
  • Sabtu, 18 Jan 2025

Mayat buruh warga asing yang ditemui terapung di perairan jeti Pasar Umum Bandar Sandakan, Sabah pada Jumaat. — Info X

PENGUNJUNG pasar terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan, Sabah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, lelaki warga asing berusia 35 tahun yang ditemui merupakan pekerja buruh kasar jeti pasar ikan di daerah itu.

Abdul Fuad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Ceroboh rumah ikut saluran pemadam api, polis syak suspek kes tikam Saif Ali Khan kenalan pembantu rumah

BACA LAGI: 'Sedih tiada tapi kadang-kadang rindu', penghuni paling lama Rumah Aman 'hilang' ibu bapa teringin sambung belajar di UM

Katanya, mayat lelaki tersebut ditemukan tanpa baju dan berseluar jeans paras lutut dalam keadaan terapung di laut.

"Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.

"Bedah siasat akan dijalankan pada jam 11 pagi ini untuk mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan khianat.

Kes juga diklasifikasikan dan disiasat sebagai laporan mati mengejut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram