[VIDEO] Bakal ulangi aksi 2018, gandingan Mat Don, Akhyar Rashid imbau sebab JDT sambar 'duo Kedah'


  • Podium
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Akhyar merupakan graduan skuad muda Kedah sebelum berhijrah ke JDT.

SELEPAS tujuh tahun meninggalkan Kedah FA (kini dikenali Kedah Darul Aman FC), Muhammad Akhyar Rashid akan kembali berdepan bekas majikannya, Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas secara rasmi menandatangani kontrak bersama Terengganu FC sehingga musim 2026-2027.

Akhyar pula akan melakukan debut menentang JDT dalam aksi yang penuh mendebarkan bersama Terengganu apabila Sang Penyu pastinya memasang impian membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Terengganu dibenarkan menggunakan khidmat Akhyar walaupun masih berstatus pinjaman dari JDT dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Jumaat (17 Januari).

BACA LAGI: Pernah berdarah Harimau Selatan, 3 bintang 'lokal' mungkin anda lupa pernah sarung jersi keramat JDT

BACA LAGI: Safawi Rasid-Akhyar Rashid turun latihan, fans Sang Penyu doa bukan harapan palsu, beraksi lawan JDT

Perlawanan skuad Peteh menentang JDT bakal mengimbau kembali kenangan penyokong bola sepak Malaysia yang mana Akhyar menjaringkan gol ketika menewaskan Harimau Selatan 3-1 dalam kejohanan Piala Malaysia 2018 di Stadium Alor Setar pada 2018.

Dalam perlawanan itu, Kedah bermula garang dengan membuka jaringan awal pada minit keenam melalui percubaan pemain import Sandro Da Silva.

Akhyar pula mudah melorong bola ke gawang JDT hasil hantaran Liridon Krasniqi yang kemudian ditampan Corbin Ong di depan pintu gol.

Sebelum tamat perlawanan, Liridon berjaya menambah koleksi gol Kedah dengan larian dari kawasan pertahanan dan melakukan percubaan bola lambung terus ke gawang JDT.

Mengimbau kembali gerakan gandingan satu dua Akhyar dan Liridon di Kedah, penyokong-penyokong Sang Kenari mendakwa ia menjadi punca pihak pengurusan JDT membawa pemain muda itu ke Harimau Selatan musim berikutnya.

"Dari 'tivela' Liridon sehingga kesilapan Corbin kepada Akhyar memang fenomena waktu ini (2018) JDT kena bantai," kata Faris Syazwan.

"'Outside foot cross' Liridon yang punca gol. Itu sebab JDT beli dia juga, cuma lambat beberapa tahun daripada Akhyar," ujar Nabil Juhari.

"Dengar kata (JDT) import dah penuh waktu itu. Beli juga sebab 'hijack' pasukan Pahang FA (Sri Pahang)," komen Syahril 0318.

Untuk rekod, JDT secara rasmi mendapatkan Akhyar pada 2019 selepas pemain muda berbakat itu membuat keputusan untuk meninggalkan Kedah FA.

Perpindahan ini mencetuskan perhatian ramai kerana status Akhyar sebagai salah seorang pemain muda terbaik di Malaysia, dengan kemahiran, kelajuan dan kreativiti yang luar biasa.

Walaupun perpindahan itu tidak terlepas daripada kontroversi, JDT melihat potensi besar Akhyar untuk memperkuatkan pasukan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sejak menyertai JDT, Akhyar terus menunjukkan prestasi cemerlang dan menjadi aset penting dalam kejayaan kelab tersebut di Liga Super dan pertandingan lain.

Manakala, JDT mendapatkan Liridon pula pada 2020, menambah seorang lagi pemain berbakat ke dalam skuad mereka.

Liridon, seorang pemain tengah kreatif kelahiran Kosovo yang menjadi pemain naturalisasi Malaysia, membawa pengalaman dan kepakaran teknikal yang signifikan selepas bermain bersama Kedah FA dan Melaka United.

Keputusan JDT untuk menyambar Liridon adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk memperkukuhkan skuad dengan pemain yang mampu bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Walaupun ada tekanan untuk memenuhi ekspektasi tinggi, Liridon berpeluang memanfaatkan kehebatan JDT sebagai kelab terbaik di Malaysia untuk mengembangkan lagi kariernya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram