Pergerakan masih terbatas, Saif Ali Khan perlu rehat 2 minggu sebelum keluar hospital


  • Hiburan
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Saif Ali Khan perlu berehat dua minggu selepas keluar dari ICU. — Agensi

SELEBRITI sensasi Bollywood, Saif Ali Khan dilaporkan perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan akibat enam tikaman.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr Nitin Dange, Saif sebelum ini menjalani rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pelakon itu kemudiannya dibenarkan untuk keluar dari ICU tetapi perlu berehat di wad khas selama dua minggu.

BACA LAGI: [VIDEO] Saif Ali Khan stabil lepas ditikam kena tulang belakang, doktor jumpa cebisan pisau dalam badan

BACA LAGI: Dari jurutera awam ke pemanah berkuda, Shaidin turunkan ilmu kepada anak sehingga menjadi juara

Menurutnya, pergerakan Saif masih lagi terbatas dan dia memerlukan rehat yang cukup sebelum boleh dibenarkan pulang walaupun keadaannya semakin baik dan boleh berjalan.

"Saif Ali Khan berada dalam keadaan baik dan kami berjaya buatkan dia berjalan semula, dia boleh berjalan dengan baik tanpa banyak kesakitan atau simptom lain.

"Melihat kepada itu dengan luka dan kecederaan lain dialami, dia selamat untuk dikeluarkan daripada ICU dan dipindahkan ke bilik khas.

"Kami tetapkan peraturan untuknya berehat kerana luka di bahagian belakang mempunyai potensi dijangkiti kuman dan pergerakannya masih terbatas dalam tempoh seminggu kerana kecederaan di tulang belakang," jelasnya.

Dalam pada itu, terdapat spekulasi mengatakan pihak polis sudah menangkap suspek yang menikam Saif. Namun begitu, situasi sebenar mendapati si pelaku masih lagi bebas.

Terdapat tangkapan yang dilakukan oleh polis dengan suspek dibawa ke balai polis di Bandra, India. Namun begitu, suspek yang ditahan tidak ada kena mengena dengan kes penikaman Saif. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram