SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Parit Limbong Darat, Parit Jawa dekat Muar, Johor pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa, Mohd Hafis Mohamad Ali, 32, dalam perjalanan dari Sri Tanjong menuju ke Parit Jawa.
"Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke dalam parit.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
BACA LAGI: [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil
Sebenarnya paling takut b ila kejadian sebegini berlaku. Sedekahkan al-fatihah buat arwah. pic.twitter.com/BQqj1FxLXM
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 17, 2025
"Orang awam menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan akibat lemas.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau lagi, kemalangan berlaku pada pukul 2 petang menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi.
Terdahulu, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki bertungkus lumus cuba menyelamatkan mangsa.
Sekumpulan lelaki tersebut cuba menterbalikkan kereta dan menarik mangsa keluar dari kawasan parit tersebut.
Walaupun berjaya dikeluarkan, malangnya mangsa sudah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram