POLIS India mengesyaki suspek terlibat dalam kejadian serangan selebriti sensasi Bollywood, Saif Ali Khan pada Khamis lalu mempunyai hubungan rapat dengan seorang daripada pembantu rumahnya.
Berdasarkan laporan agensi, pembantu rumah Saif disyaki memberi akses kepada suspek untuk menyelinap masuk tanpa ditangkap kamera litar tertutup (CCTV).
Polis juga percaya bahawa suspek sudah mengenali dan menghafal susun atur bangunan rumah terbabit.
BACA LAGI: Pergerakan masih terbatas, Saif Ali Khan perlu rehat 2 minggu sebelum keluar hospital
Suspek dikatakan menggunakan laluan saluran pemadam api untuk menaiki tingkat atas rumah selepas memanjat dinding berhampiran kawasan itu.
Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa identiti dan wajah suspek sempat terakam di dalam video CCTV yang tular di media sosial sejak Khamis lalu.
Namun, tiada sebarang pengesahan dilakukan polis berhubung video tersebut.
Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan lanjut dilakukan pihak polis setakat ini.
Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan pihak polis sudah menangkap suspek namun, dia didapati tiada kaitan dengan kes penikaman Saif.
Sementara itu, Saif dilaporkan perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan akibat enam tikaman.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr Nitin Dange, Saif sebelum ini menjalani rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pelakon itu kemudiannya dibenarkan untuk keluar dari ICU tetapi perlu berehat di wad khas selama dua minggu.
Menurutnya, pergerakan Saif juga masih lagi terbatas dan memerlukan rehat yang cukup sebelum boleh dibenarkan pulang walaupun keadaannya semakin baik dan boleh berjalan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram