[VIDEO] ‘Disambut dengan ramah’, pasangan kongsi pengalaman menyeramkan ‘check in’ kali pertama di Cameron Highlands


  • Tular
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Tangkap layar video seorang wanita mengalami kejadian seram di Cameron Highlands pada Khamis.

DIKENALI sebagai kawasan tanah tinggi yang penuh dengan daya tarikan semula jadi seperti ladang teh, kebun strawberi, dan bunga-bungaan segar, Cameron Highlands, Pahang menawarkan pengalaman yang menenangkan jauh dari hiruk-pikuk bandar.

Namun, di sebalik keindahan itu, ada juga kisah-kisah misteri yang kadangkala menghantui pengalaman pertama pengunjung, menjadikan percutian di sana bukan sekadar indah, tetapi juga penuh tanda tanya.

Begitulah kisah sebuah pasangan yang baru-baru ini berkongsi pengalaman mereka di sebuah hotel terkenal di kawasan tersebut, tetapi ternyata menyimpan kisah misteri tersendiri.

BACA LAGI : [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye

BACA LAGI : [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil

Melalui perkongsian di Threads pada Khamis, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Daniaacid memaklumkan, mereka pertama kali bercuti di Cameron Highlands dan tidak menyangka akan berlaku insiden yang menyeramkan itu.

"Kali pertama 'check in' Cameron Highlands, saya dan suami disambut dengan ramah sekali," tulisnya.

Wanita berkenaan turut memuat naik satu video memaparkan kejadian seram berkenaan yang memaparkan pintu rintangan api di luar bilik mereka dilihat seperti dihempas oleh sesuatu berkali-kali.

Walaupun situasi itu dianggap menyeramkan dalam kalangan segelintir warga maya, dia dilihat ketawa kecil dan cuba menghiraukan situasi tersebut.

Tambah Daniaacid lagi, kejadian itu tidak berakhir disitu dan mereka terus 'diganggu' sehingga pagi Jumaat.

"Selepas main pintu semalam (Khamis), 'dia' main dengan almari tetapi kita buat tak tahu sahaja," katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, seorang lagi warga maya, Nor_asyura mendakwa pernah mengalami pengalaman mistik di hotel yang sama.

"Kenapa marah sangat tu? Pengalaman saya, almari bergegar dan bila masuk dapur mula meremang.

"Bilik air semua guna semua tuala kain lap kaki dah memang kat lantai tetapi bila kali terakhir ronda-ronda sebelum balik tengok bilik air tu sama sebiji seperti sedia kala masa check in dengan tuala lap kaki atas lantai tandas," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram