SEORANG wanita tampil berkongsi pengalaman traumatik diganggu oleh seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta jenis Proton Iriz di Savanna Southville dekat Dengkil, Selangor pada Isnin.
Lebih menakutkan lagi, ia merupakan kejadian kedua yang berlaku di kawasan berkenaan melibatkan lelaki yang sama.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Nur Iman Safiyyah turut berkongsi kejadian tersebut dalam media sosial dengan tujuan meningkatkan kesedaran, terutamanya kepada golongan wanita di kawasan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil
BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
Menurut Nur Iman, kejadian itu berlaku sekitar pukul 5.19 petang Selasa selepas dia pulang dari kelas.
"Kejadian pertama berlaku pada 9 Disember 2024, sekitar pukul 10.40 malam, di mana modus operandi lelaki tersebut memanggil saya sebelum melakukan tindakan tidak bermoral itu," katanya
Lelaki itu memanggilnya dengan sebutan "Awak, awak" dari dalam kenderaan yang tingkapnya terbuka, sebelum mangsa menyedari tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut yang memegang alat sulitnya.
Tindakan individu berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di kawasan perumahan dekat Bangi di sini mengundang padah apabila diberkas pada Selasa. pic.twitter.com/ViK899fGFy
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 14, 2025
Nur Iman percaya lelaki itu menyasarkan wanita, terutamanya pelajar, yang berjalan sendirian di kawasan itu.
"Ini adalah kali kedua saya kena kacau dengan pervert (gatal) ini. Kali pertama saya terlalu takut serta panik sampai tak sempat nak rakam dan terus lari.
"Saya rasa dia memang target (sasarkan) perempuan yang tengah berjalan seorang diri terutamanya pelajar. Saya akan buat laporan dalam masa terdekat, Insya-ALLAH," tulisnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita tempatan berkaitan kejadian.
"Mangsa ketika itu berada di kawasan apartmen berkenaan sebelum dipanggil seorang lelaki yang berada dalam sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna merah.
"Lelaki terbabit kemudian bertindak menunjuk kemaluannya kepada mangsa sebaik mangsa menghampiri kereta berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, siasatan kemudiannya membawa kepada tangkapan suspek kira-kira pukul 12.15 pagi Selasa.
"Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 32 tahun itu diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
"Turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis Proton Iriz," katanya.
Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram