Lelaki separa sedar, terbaring atas bonet kereta terperangkap banjir dalam ladang sawit di Kluang


  • 112
  • Khamis, 16 Jan 2025

Operasi menyelamat mangsa yang berada di atas bonet keretanya di ladang sawit di Kluang pada Khamis. — Polis Johor

SEORANG lelaki bernasib baik selepas berjaya diselamatkan ketika terperangkap dalam banjir di Kluang, Johor pada Khamis.

Dalam kejadian itu, Pasukan Boatman dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang memberi bantuan mengeluarkan mangsa terperangkap banjir di Ladang Sawit Jalan Batu 24 Kahang, Kluang.

BACA LAGI: Mahkamah arah kerajaan bayar pelarasan pencen pesara kerajaan dalam tempoh 3 bulan

BACA LAGI: 'Semua milik ALLAH', Rumah Aman Sungai Buloh beri sinar baharu buat kanak-kanak terabai

473729008_897727532529802_4508589340760599528_n

Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kahang. — Polis Johor

"Ketika ditemui, mangsa sedang terbaring di atas bonet hadapan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Mangsa juga dalam keadaan separa sedar ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mangsa bagaimanapun sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Kahang untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram