[VIDEO] Pemandu lori balak maut, anak cedera nahas langgar lori pasir di Tampin


  • 112
  • Khamis, 16 Jan 2025

Kemalangan membabitkan lori balak dan lori pasir di Kilometer 37 Jalan Gemas-Tampin. — PDRM

SEORANG pemandu lori balak maut, manakala kelindan yang juga anaknya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pasir di Kilometer 37, Jalan Tampin-Gemas, Tampin, Negeri Sembilan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori pasir yang dipandu seorang lelaki dari arah Jelai menuju ke Melaka berhenti di persimpangan untuk membelok ke kanan ke jalan utama.

BACA LAGI: Bayi lelaki 9 bulan maut akibat pendarahan dalam kepala dan luka di mulut, pengasuh wanita ditahan di Mersing

BACA LAGI: [VIDEO] Memandu tanpa lesen, polis tahan remaja 16 tahun sebabkan kemalangan di Kuching

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu lori pasir memberhentikan kenderaan di persimpangan dan mahu membelok ke kanan untuk masuk ke jalan utama.

“Bagaimanapun ketika sedang membelok, datang sebuah lori muatan kayu balak jenis Volvo dari sebelah kanan jalan utama melanggar bahagian kanan lori pasir itu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kelindan lori balak berusia 28 tahun mengalami luka ringan di kaki kanan manakala pemandu lori pasir tidak mengalami kecederaan.

Amiruddien berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram