SEORANG pengasuh telah ditahan di Mersing, Johor berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.
Difahamkan, bayi terbabit dimasukkan ke hospital di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru akibat pendarahan dalam kepala dan luka di mulut pada Ahad (12 Januari).
Bayi itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang, Rabu ketika menerima rawatan di hospital.
BACA LAGI: [VIDEO] Memandu tanpa lesen, polis tahan remaja 16 tahun sebabkan kemalangan di Kuching
BACA LAGI: [VIDEO] Polis dedah punca lori terbakar bergerak sendiri macam ‘Ghost Rider’ di Putrajaya
Difahamkan, pengasuh wanita berusia 60-an itu ditahan pada Rabu.
Dia telah direman sehingga Ahad bagi membantu siasatan kes kematian bayi itu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan kes itu tetapi tidak mengulas lanjut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram