Pasar basah, medan selera Bandar Baru Bangi bakal berwajah baharu


  • Primer
  • Khamis, 16 Jan 2025

Syahredzan (lima dari kiri) menunjukkan bumbung yang baru dipasang di pasar basah Bangi. — SHAARI CHEMAT/ The Star

PEMBELI di pasar basah Bandar Baru Bangi di Seksyen 1, Bangi di Selangor, boleh menjangkakan kemudahan yang lebih baik sebaik kerja-kerja menaik taraf siap pada 13 Februari.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang menyelia projek itu memperoleh bajet RM450 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, beliau telah memajukan permohonan dana PBT kepada Menteri KPKT, Nga Kor Ming pada 2024.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori balak maut, anak cedera nahas langgar lori pasir di Tampin

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita, remaja 15 tahun cedera kereta kena hempap pokok tua tumbang di Kuala Lumpur

Kerja-kerja menaik taraf bermula pada bulan November dan termasuk menggantikan jubin dan bumbung, bersama-sama dengan pendawaian elektrik dan mengecat semula bahagian luar.

Semasa lawatan tapak bersama wakil MPKj dan ahli majlis Zon 17, Farhan Haziq, Syahredzan menyatakan bahawa pasar itu menampilkan 26 lot dagangan yang menjual sayur-sayuran, barangan kering dan ayam.

Pasar basah telah beroperasi sejak awal 1990-an dan dibuka setiap hari, dari 6 pagi hingga 1 tengah hari, kecuali pada hari Isnin.

Ia juga menempatkan medan selera.

Seorang penjual sayur, Fuziah Kamaruzzaman yang menjalankan perniagaan di situ selama hampir tiga dekad berterima kasih atas kerja naik taraf tersebut.

“Kami telah dipindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.

"Kami diberitahu kami boleh kembali ke gerai asal dalam tempoh beberapa hari," katanya.

Penjual ayam, Rizal Fahrudin berharap medan selera itu juga boleh dinaik taraf dengan mengambil kira premis itu sudah ketinggalan zaman.

Syaredzan berkata, projek di pasar itu adalah sebahagian daripada usaha lebih besar untuk menaik taraf dan mengindahkan kemudahan awam di Bangi.

Beliau berkata, Nga mengumumkan peruntukan RM790,000 pada Julai 2023 untuk melaksanakan pelbagai kerja naik taraf dan penyelenggaraan di Taman Tasik Cempaka.

Nga, dalam sidang media semasa lawatan di kawasan berkenaan berkata, projek itu akan diusahakan oleh MPKj.

Selain itu, Syahredzan telah mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan mengagihkan baucar kepada isi rumah berpendapatan rendah sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Individu yang berminat hendaklah menghubungi ADUN masing-masing untuk mendapatkan baucar.

Disember lalu, pengerusi jawatankuasa sumber manusia dan pembasmian kemiskinan negeri, V. Papparaidu mengumumkan sebanyak 23,800 baucar Jom Shopping bernilai RM200 setiap satu akan diagihkan untuk sambutan itu. — The Star/FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram