Perang di Gaza berakhir, laungan takbir iringi perjanjian gencatan senjata


  • Benua
  • Khamis, 16 Jan 2025

Orang ramai berkumpul meraikan kejayaan rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza. Mereka mengibarkan bendera Lubnan dan Palestin ketika berhimpun di Berlin, Jerman. — Reuters

HAMAS dan Israel telah mencapai persetujuan untuk gencatan senjata di Gaza yang dijangka berkuat kuasa pada Ahad, menurut pengantara yang terlibat dalam rundingan tersebut.

Gencatan senjata itu juga akan melibatkan pembebasan tebusan yang telah ditahan selama 15 bulan dalam konflik mengorbankan puluhan ribu nyawa dan merosakkan kawasan enklaf Palestin, selain turut memanaskan ketegangan di seluruh Timur Tengah.

Perjanjian berkenaan adalah langkah penting yang merangkumi gencatan senjata fasa enam minggu, diikuti dengan penarikan berperingkat tentera Israel dari Gaza.

BACA LAGI: [VIDEO] Pameran 15,000 'teddy bear' karya Bachir Mohammad lambang nyawa kanak-kanak melayang di Gaza

BACA LAGI: Hampir 4,000 rakyat Gaza hilang tangan, kaki dalam tempoh 11 bulan

Dalam pertukaran itu, tebusan yang diambil oleh Hamas, kumpulan militan yang menguasai Gaza, akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan banduan Palestin yang kini ditahan oleh Israel.

Pada satu sidang akhbar di Doha, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata, para perunding kini sedang bekerjasama dengan kedua-dua pihak untuk memastikan langkah-langkah susulan bagi melaksanakan perjanjian tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, perjanjian itu juga akan membawa kepada pembebasan tebusan yang telah ditahan selama lebih 15 bulan dalam konflik yang telah mengorbankan lebih 46,000 nyawa di Gaza.

Perjanjian tersebut merangkumi gencatan senjata fasa enam minggu, disertai dengan penarikan berperingkat tentera Israel dari Gaza, yang telah musnah akibat serangan udara dan darat.

Pada fasa pertama, 33 tebusan Israel, termasuk wanita, kanak-kanak, dan lelaki berusia lebih 50 tahun, akan dibebaskan. Dua warga Amerika, Keith Siegel dan Sagui Dekel-Chen, turut dijangka dibebaskan dalam fasa pertama ini.

@majoritiofficial Alhamdulillah, Alhamdulillah! #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #palestin #gencatansenjata ♬ original sound - Majoriti Official

Di Gaza, penduduk menyambut berita gencatan senjata itu di jalanan dengan penuh kesyukuran. Mereka mengibarkan bendera Palestin dan menari sebagai simbol kegembiraan setelah menghadapi kekurangan makanan, air, tempat perlindungan, dan bahan bakar selama berbulan-bulan.

Malah, laungan takbir dari pasukan perubatan di Gaza juga turut mengiringi gencatan senjata berkenaan. Video kegembiraan penduduk Palestin itu tular di media sosial.

Manakala, di Tel Aviv juga menyaksikan keluarga dan rakan-rakan tebusan Israel juga meluahkan rasa syukur dan kegembiraan atas pembebasan yang bakal berlaku.

Namun, perjanjian itu masih menghadapi cabaran politik. Israel perlu mendapatkan kelulusan daripada Kabinet keselamatan dan kerajaan untuk menjadikannya rasmi.

Meskipun menghadapi tentangan daripada beberapa ahli politik dalam kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, perjanjian berkenaan dijangka tetap mendapat sokongan.

Seterusnya, negosiasi untuk melaksanakan perjanjian itu akan bermula pada hari ke-16 fasa pertama, dengan harapan pembebasan tebusan secara menyeluruh dan penarikan tentera Israel dapat dicapai.

WhatsApp Image 2025-01-16 at 09.23.31

Peperangan Israel di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak 7 Oktober 2023.

Jika gencatan senjata itu berjaya, ia akan membuka ruang untuk perbincangan mengenai pembinaan semula Gaza, dengan pengawasan oleh Mesir, Qatar, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, persoalan besar yang masih belum terjawab adalah siapa yang akan memerintah Gaza selepas perang, kerana Israel menolak sebarang penglibatan Hamas dan juga menentang penguasaan oleh pihak Berkuasa Palestin.

Perjanjian itu berpotensi untuk mengurangkan ketegangan di seluruh Timur Tengah, terutamanya di kawasan yang terjejas seperti Tebing Barat, Lebanon, Syria, Yaman, dan Iraq.

Jika berjaya, perjanjian itu juga boleh memberi peluang untuk memperluaskan perjanjian normalisasi hubungan antara Israel dan beberapa negara Arab yang dikenali sebagai Abraham Accords, ia dilaksanakan semasa pemerintahan Donald Trump. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram