ANUGERAH Impak Positif ESG akan kembali tahun ini dengan edisi ketiga dan sekali lagi disokong oleh OCBC Bank (Malaysia) Bhd sebagai penaja utama.
Acara berprestij itu akan mengiktiraf pencapaian dan mempersiapkan entiti perniagaan dengan keperluan khusus yang diperlukan untuk memacu perubahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media (SMG), Chan Seng Fatt berkata, sokongan OCBC adalah bukti keyakinan bank itu dalam mempromosikan prinsip ESG (persekitaran, sosial dan tadbir urus).
BACA LAGI: Nik Nazmi seru korporat jadikan ESG pendekatan holistik lindungi alam sekitar
BACA LAGI: Anugerah Impak Positif iktiraf pemimpin industri laksana agenda ESG negara
“Sokongan OCBC mencerminkan nilai dan kepercayaan kukuh bank dalam mempromosikan prinsip ESG dan menginspirasikan perubahan positif dalam kalangan komuniti perniagaan.
“Saya menantikan perjalanan yang menarik ini apabila kita meraikan kecemerlangan ESG di Malaysia,” katanya semasa Anugerah Impak Positif ESG 2024 Power Breakfast di Menara Star pada Selasa.
Chan juga berkata bahawa perniagaan yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan ESG akan dapat meningkatkan operasi mereka, memberi sumbangan kepada kemajuan industri dan membina komuniti yang lebih kukuh.
“Seiring dengan visi ini, kami teruja untuk mengumumkan pengenalan kategori anugerah baharu tahun ini: Produk dan Perkhidmatan Lestari.
“Penambahan ini mencerminkan kepentingan inovasi yang semakin berkembang dalam membangunkan penyelesaian yang menyumbang kepada masa depan yang lestari,” katanya.
Chan menambah bahawa majlis anugerah tersebut bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga satu seruan untuk bertindak bagi perniagaan Malaysia menyumbang kepada keseimbangan harmoni antara manusia, alam sekitar dan keuntungan.
Ketua Perbankan Peruncitan OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Jeffrey Teoh Nee Teik berkata, kelestarian adalah komitmen bersama dalam kalangan semua pihak berkepentingan.
“Prinsip ESG semakin penting dalam membentuk dunia. Di OCBC, kami berpegang kepada kuasa tindakan kolektif.
“Amalan perniagaan yang bertanggungjawab bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Setiap daripada kita mempunyai peranan penting dalam memacu perubahan positif dan bersama-
sama kita boleh membuat perbezaan yang besar,” katanya dalam ucapannya.
Teoh menambah bahawa penyertaan perniagaan dalam Anugerah Impak Positif ESG 2024 menunjukkan komitmen mereka untuk mencapai perubahan yang lebih besar kepada alam sekitar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Zalina Zainol berkata, ESG bukan lagi satu rangka kerja untuk pelaporan, tetapi satu alat untuk mencetuskan perubahan bagi perniagaan.
“Ia adalah cara untuk perniagaan membuat perbezaan sebenar. Syarikat yang melihat lebih jauh daripada keuntungan dan komited untuk melindungi alam sekitar serta memperkasakan komuniti adalah yang mengetuai perubahan.
“ESG kini kritikal untuk perniagaan yang mahu berkembang, kekal berdaya saing, dan kekal kukuh dalam pasaran global yang sentiasa berubah-ubah,” katanya dalam ucaptamanya.
Dia menambah yang kerana ESG melangkaui kebimbangan alam sekitar; keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan inklusiviti juga akan menjadi penting untuk kejayaan jangka panjang.
Zalina berkata untuk mencapai hasrat itu, adalah penting untuk memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME).
“Perniagaan-perniagaan ini adalah pemain utama, dan mereka memerlukan bimbingan untuk mengharungi kompleksiti ESG.
“Sebagai usaha untuk tujuan ini, Mida juga sedang meningkatkan inisiatif seperti Dana Pemecut Pelaburan Domestik (DIAF) untuk memperkasakan perusahaan SME dan Syarikat Perusahaan Sederhana dalam perjalanan kelestarian mereka,” katanya.
Sesi Power breakfast itu juga menampilkan ceramah dan sesi perkongsian, termasuk ESG Bytetalks mengenai Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab; Kesihatan dan
Kesejahteraan yang Baik; serta Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Inklusiviti (DEI).
Pengarah Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Chan Mei Ling, berkongsi dengan tetamu mengenai Alat Penilaian Kecekapan Tenaga SME bank itu untuk mengira penggunaan tenaga dalam syarikat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram