Setahun pencapaian, KKM terus maju tingkat industri perubatan Malaysia


  • Primer
  • Ahad, 12 Jan 2025

KKM terus maju untuk kesejahteraan seluruh masyarakat Malaysia. — Gambar hiasan

USAHA bersama kira-kira 270,000 pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berdedikasi melaksanakan pelbagai inisiatif kini membuahkan hasil.

Dedikasi itu sekali gus menjadi tunjang utama kepada kejayaan KKM dalam memperkukuhkan sektor kesihatan negara.

Bersempena dengan pencapaian setahun KKM, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan cekap mengorak langkah dalam melaksanakan perubahan sistematik.

Justeru, reformasi perundangan dan dasar menjadi ‘punca kuasa’ kepada kementerian untuk terus memajukan sektor tersebut.

BACA LAGI: 'Rugi kalau tak dimanfaat', penulis akui tak boleh lari guna AI, bantu cepat proses hasilkan buku

BACA LAGI: Masa kecil sanggup jalan jauh ke perpustakaan di Kelantan, Abdul Halim tak sangka 'abdi diri' beri kehidupan kedua buat buku terpakai

6339084632263345426

Pencapaian setahun KKM yang diketuai Dr Dzulkefly.

Reformasi Perundangan dan Dasar

Pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) antara reformasi penting untuk merombak kembali sistem latihan kepakaran doktor di Malaysia.

Ia sekali gus dapat mengatasi kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan paralel (parallel pathway) dan program Sarjana Perubatan.

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dilaksanakan sejak 1 Oktober 2024 turut memberi impak besar terhadap seluruh rakyat di negara ini.

Ia juga melibatkan beberapa aspek seperti peruntukan berkaitan penjualan produk merokok termasuk vape yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk tersebut.

Dasar-dasar kesihatan negara pada masa sama dirombak secara menyeluruh untuk merangkumi from womb to tomb bagi memastikan seluruh gerak kerja KKM dan kerajaan dalam aspek kesihatan terkini, cekap dan berkesan.

Bergerak seiring seperti agensi kesihatan lain, KKM tidak menafikan bahawa banyak berdepan dengan cabaran terutamanya daripada sudut kebajikan tenaga kerja.

6055340744589295394

Selari dengan peredaran zaman serba canggih ini, KKM tidak terkecuali meningkatkan kepantasan, kualiti dan keberkesanan perkhidmatan dengan kemajuan teknologi terkini. — Gambar hiasan

Melihat dua aspek penting iaitu jangka masa pendek dan panjangnya, kementerian bertindak melakukan reformasi perkhidmatan sumber manusia.

Dengan Pindaan Akta 50 yang telah dilakukan, tidak mustahil ekosistem latihan kepakaran perubatan akan bertambah baik.

Sebagai contoh, jumlah biasiswa bagi latihan kepakaran yang dinaikkan kepada RM152.4 juta pada 2024 adalah lebih dua kali ganda berbanding 2019 hingga 2023.

Ini juga menjadi antara strategi terbaik untuk mengekalkan bakat dalam sistem kesihatan awam serta menyokong petugas kesihatan untuk mencapai aspirasi kerjaya mereka.

Selain dapat meningkatkan kapasiti sistem kesihatan negara secara menyeluruh, ia secara tidak langsung melahirkan lebih ramai pakar perubatan yang berwawasan.

6339084632263345427

Beberapa pindaan akta yang penting untuk meningkatkan taraf industri perubatan di Malaysia.

Kebajikan tenaga petugas kesihatan

Namun, apa yang lebih penting adalah keutamaan kepada kebajikan petugas kesihatan di samping memberi kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kenaikan elaun tetap atas panggilan dan sebagainya.

KKM pada masa sama menyokong kenaikan elaun pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan elaun 'on-call' untuk doktor dan doktor gigi dalam kategori tertentu akan dinaikkan kira-kira 25 peratus iaitu antara RM55 hingga RM65.

Penyampaian perkhidmatan di akar umbi juga amat bergantung kepada kerjasama banyak pihak digembleng dengan sinergi yang baik melalui pendekatan seluruh negara (whole-of-nation).

Program seperti Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) amat penting bagi memastikan rakyat membuat saringan kesihatan secara berkala.

Langkah itu membolehkan sebarang penyakit dapat dikesan dan dicegah dengan lebih awal bagi mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.

Ditambah pula dengan bantuan Skim Perubatan MADANI masyarakat terutama penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerima manfaat perkhidmatan rawatan ringan sekaligus mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan KKM.

Selari dengan peredaran zaman yang serba canggih ini, kementerian tidak terkecuali dalam meningkatkan kepantasan, kualiti dan keberkesanan perkhidmatan dengan kemajuan teknologi terkini.

Bahagian Kesihatan Digital (DHD) dan Bahagian Pengurusan Maklumat menjadi pemangkin agenda transformasi digital KKM.

6339084632263345429

Inovasi teknologi antara pencapaian yang dikecapi KKM.

Kemajuan teknologi

Transformasi itu turut dilaksanakan menerusi strategi ‘satu individu satu rekod’ yang dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) atau rekod kesihatan sepanjang hayat (LHR).

Pelaksanaan teknologi hijau dan mesra alam pada masa sama mendorong pencapaian cemerlang KKM seperti penerimaan anugerah ASEAN Energy Award 2024, Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan Malaysian Carbon Reduction and Environmental Sustainability (MyCREST).

Ia sekali gus menyumbang kepada penjimatan tenaga elektrik sebanyak 1,097 gigawatt (GW) bernilai RM461 juta dan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 702 tan secara kumulatif.

Selain pasaran tempatan, industri perubatan Malaysia kini dilihat semakin terserlah sehingga peringkat antarabangsa.

Dengan penutupan majlis Pameran dan Persidangan Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 dan 28th Global Harmonization Working Party (GHWP), kedua-duanya menjadi tunggak penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Pencapaian itu jelas terbukti apabila bidang penyelidikan klinikal negara ini juga mencatat sejarah kerana menyaksikan sebanyak lima kajian klinikal 'First-in-Human' baharu pada 2024.

Bukan itu sahaja, Malaysia kini menduduki tangga teratas dalam kategori ASEAN daripada segi jumlah atau ‘volume’ penyelidikan klinikal tajaan industri.

6339084632263345431

Kebajikan masyarakat turut menjadi aspirasi kementerian.

Malaysia di peringkat global

Menjadi antara lokasi pilihan sebagai kampus Royal College of Surgeons of Edinburgh, United Kingdom (UK) merupakan bukti kemajuan industri perubatan tempatan.

Berdiri megah di persada dunia, beberapa agenda transformasi kesihatan global seperti Resolusi Kesihatan Paru-Paru yang sudah dikemukakan di Kongres Kanser Sedunia (WCC) pada September lalu kini juga akan ke Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) 2025 serta Perhimpunan Agung PBB pada September nanti.

Masih menjadi sebuah kementerian yang menitikberatkan kualiti perkhidmatan, KKM terus komited bukan sahaja membaik pulih dan menaik taraf fasiliti yang rosak dan daif, malah juga membina infrastruktur baharu di lokasi-lokasi memerlukan.

Ia selari dengan pengumuman kerajaan ketika Belanjawan 2025 yang memperuntukkan sebanyak RM1.35 bilion untuk menaik taraf kemudahan kesihatan yang usang termasuk menambah baik wad-wad lama.

6055340744589295412

KKM sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan perubatan dapat diberikan kepada masyarakat. — Gambar hiasan

Peruntukan tinggi itu juga merupakan langkah positif yang akan meningkatkan semangat dan motivasi para petugas kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Bagaimanapun, tahap kesihatan yang baik bergantung kepada pengamalan gaya hidup sihat masyarakat.

Justeru, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan KKM bertanggungjawab bagi memastikan bukan sahaja makanan, malah penyedia dan premis makanan mempunyai latihan dan pengiktirafan sewajarnya.

Sebagai contoh, Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAS) yang menguatkuasakan perintah larangan merokok di tempat-tempat larangan merokok, manakala logo Bersih dan Selamat (BeSS) pula digunakan di setiap premis makanan.

Tidak dilupakan juga beberapa program kesihatan lain termasuk Program Kesihatan Pergigian dan Program Perkhidmatan Farmasi yang pastinya terus memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram