[VIDEO] 'Kereta berpusing 6 kali', 2 remaja naiki Mercedes maut bertembung MPV buat U-turn di Alor Setar


  • 112
  • Rabu, 18 Dis 2024

Salah seorang daripada mangsa tercampak dari kereta sebelum terhempas di atas bumbung kenderaan.

DUA maut sementara tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan kereta jenis Mercedes Benz dan kenderaan serba guna (MPV) Hyundai Matrix berhampiran pusingan-U di Jalan Lencongan Barat, Alor Setar, Kedah pada Selasa.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 8.50 malam itu, seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian selepas badannya tercampak ke atas bumbung salah sebuah kereta.

Seorang lagi mangsa yang merupakan seorang wanita turut mengalami nasib sama setelah dia tercampak keluar dari kereta dan jatuh di jalan raya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pelumba 'drag race' maut kemalangan di Sandakan, acara perlumbaan ditangguh serta-merta

BACA LAGI: Polis bantuan TNB maut, kereta bertembung 4X4 terlibat kemalangan dengan 9 ekor lembu

Dua lagi mangsa yang parah turut berada di atas jalan raya manakala pemandu kereta dipercayai mengalami cedera ringan.

Seorang saksi, Raja Asmah Raja Jaafar yang merupakan pengusaha gerai makanan berkata, kedengaran bunyi rempuhan kuat sebelum orang ramai bergegas ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 50 meter di hadapan gerainya.

“Saya melihat sebuah kereta berpusing kira-kira enam kali sebelum ia merempuh pembahagi jalan. Saya ternampak seorang mangsa di tepi jalan sementara dua lagi berada di atas jalan dan seorang berada di atas bumbung kereta.

"Dua daripada mereka terbaring kaku sementara mangsa yang berada di atas jalan bangun terduduk sebentar sebelum kembali terbaring. Mangsa yang di atas bumbung kereta tidak bergerak langsung," katanya.

51734475685_kemalangan

Empat daripada lima mangsa tercampak dari kenderaan masing-masing.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Salim Abdul Razak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.53 malam.

"Setibanya di lokasi, kami dapati berlaku sebuah kemalangan melibatkan dua kereta. Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Tindakan operasi yang dilakukan adalah dengan mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans KKM," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram