WAN Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali Fizo Omar sememangnya merupakan penggemar kenderaan lasak tersebut.
Sebelum ini, beliau yang juga seorang selebriti dan usahawan mempunyai minat mendalam terhadap kenderaan pacuan empat roda atau 4X4.
Bagaimanapun, minatnya kemudiannya beralih kepada aktiviti Bersama kenderaan lasak atau dikenali sebagai ATV.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Kenderaan bermotor tayar empat tersebut mempunyai ramai peminat khususnya penggemar sukan lasak masa kini.
la direka bagi menghadapi pelbagai rintangan ber beza, malah lebih mencabar jika dibandingkan kenderaan lasak lain.
Kenderaan itu juga sudah menjadi salah satu trend bagi pencinta alam semula jadi yang ingin meredah kawa san hutan untuk ekspedisi
Disebabkan itu, melihat kepada permintaan tersebut, Fizo membuat keputusan menubuhkan syarikat FJ ATV yang menyediakan perkhidmatan aktiviti menunggang ATV.
Berkongsi mengenai detik yang memacub penglibatannya dalam bisnes tersebut, Fizo berkata, segalanya bermula selepas pandemik Covid-19.
Cawangan pertamanya beroperasi di Jalan Haji Wan Omar, Pasir Puteh Kelantan iaitu tempat beliau dibesarkan.
"Kemudian, saya mendapat ilham membuka cawangan kedua di Resort Bidaisari, Janda Baik, Bentong. Pahang sewaktu menginap di sana selama beberapa bulan.
"Secara kebetulan, saya keluar meneroka kawasan hutan berhampiran lalu tercetus idea untuk membina sebuah cawangan ATV di sana," katanya.
Terdapat lebih kurang 30 buah ATV disediakan di FJ ATV Janda Baik.
Saiz kenderaan terdiri daripada 4x2 hingga 4x4 dengan kuasa enjin 500cc di samping kelebihan ciri 'power steering'.
Jenis trek disediakan sesuai untuk penunggang daripada pelbagai peringkat umur iaitu Short Ride, Fun Trail dan Escape Trail
Short Ride menawarkan harga sebanyak RM150 untuk dua individu menaiki ATV selama 20 hingga 30 minit bagi perjalanan sejauh dua kilometer.
Terdapat tiga 'checkpoint' sepanjang perjalanan.
Malah, pemandu pelancong turut disertakan dalam pakej berkenaan.
Sementara itu, Fun Trail pula menawarkan aktiviti meneroka dan menikmati keindahan alam di sekitar Resort Bidaisari.
Dalam pada itu, bagi mereka yang berkeluarga pakej disediakan sesuai untuk membawa anak-anak kerana terdapat aktiviti sampingan antaranya 'feeding fish' dan melihat haiwan seperti ikan kelang, rusa dan kuda.
Sementara itu, penerokaan lebih lanjut di kawasan rimba tersebut urut menimbulkan idea buatnya untuk mencipta pakej berharga RM200.
la sesuai bagi semua golongan kerana memberikan pengalaman menyeronokkan.
Bagi pakej ketiga pula, Escape Trail merupakan trek paling mencabar dengan perjalanan sejauh lima kilometer dalam tempoh 60 hingga 90 minit bagi satu sesi.
Trek penuh penggembaraan itu mempunyai sembilan 'checkpoint' yang sengaja diletakkan lumpur dan trek naik serta turun bukit.
"Semestinya badan akan kotor kerana lumpur. Jangan bimbang itulah tarikan aktiviti lasak. Tambahan pula, cabaran ini.
"(Escape Trail) sangat sesuai untuk merasai pengalaman 'climbing up' hingga 512 meter dari aras laut, sekali gus menikmati pemandangan Indah alam semula jadi," katanya lagi.
Dalam pada itu, Fizo memaklumkan beliau dalam perancangan membuka restoran yang mana kerusi dan meja diletakkan di dalam sungai berkonsepkan 'free flow buffet'. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram