Pencipta kandungan mampu jana pendapatan dengan purata RM60,000 sebulan


  • Bizz
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Dari kiri: Abu Musarrif, Mohd Fatih dan Muhammad Ryan merupakan antara pempengaruh yang berjaya menjana pendapatan daripada platform TikTok.

DALAM era digital serba canggih, media sosial kini tidak lagi hanya menjadi platform untuk penggunanya saling berhubung antara satu sama lain.

Ini kerana melangkaui daripada peranan asalnya, platform berkenaan turut berkuasa untuk membantu pengguna menjana pendapatan melaluinya.

Dengan lebih daripada 4.5 bilion pengguna aktif di seluruh dunia, media sosial menawarkan peluang luas kepada individu dan perniagaan untuk memanfaatkan teknologi ini sebagai alat pemasaran, jualan dan sumber pendapatan.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Antara platform yang menjadi tumpuan bagi tujuan sedemikian adalah TikTok.

Aplikasi tersebut kini dianggap boleh batu loncatan buat pempengaruh mengecap nikmat kemewahan apabila mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit dan mungkin ada yang mencecah ratusan ribu ringgit

Berdasarkan laporan Impak Tiktok: Memacu Perniagaan, Pendidikan dan Komuniti di Asia Tenggara 2023 mendapati, 80 peratus pencipta kandungan di rantau ini telah meningkatkan pendapatan mereka melalui pelbagai cara di aplikasi TikTok.

Malah, 80 peratus daripada pencipta kandungan TikTok ditinjau di Malaysia beroleh pendapatan lebih tinggi berbanding gaji minimum, iaitu kedudukan ketiga selepas Laos (87 peratus) dan Vietnam (83 peratus).

Majoriti mendapatkan pandangan tiga individu dari latar belakang berbeza bagi berkongsikan berkongsi bagaimana TikTok membantu mereka menjana pendapatan tambahan dan menjadi kerjaya sepenuh masa.

Snapinsta.app_469901819_18473823289045638_1087227013498611623_n_1080

Abu Musarrif berkata, untuk mendapatkan tontonan video yang tinggi hingga mencecah satu juta atau dua juta, ia memerlukan teknik, kemahiran, tip, rahsia dan helah tersendiri. — Instagram/abumamu

Mereka terdiri daripada pempengaruh, Abu Musarrif Abu Bakar, 36; Usahawan TikTok, Mohd Fatih Achmad Fatoni, 34 dan Pempengaruh, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29.

Boleh kongsikan berapakah jumlah pendapatan pempengaruh sepenuh masa di TikTok?

Abu Musarrif: Pencipta kandungan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian atau kelas iaitu bermula daripada biasa, sederhana dan besar.

Kebiasaannya, golongan yang berada dalam kategori besar ini dipanggil pempengaruh yang mempunyai lebih satu juta pengikut.

Bagi kelas biasa sekitar 100,000 hingga 200,000 pengikut.

Saya ingin kongsikan mengenai golongan pertengahan iaitu sederhana.

Pendapatan minimum golongan ini dalam tempoh sebulan adalah RM20,000 dan ada ketikanya ia boleh mencecah hingga RM60,000 sebulan.

Mereka tidak boleh menafikan jumlah yang diterima seandainya mereka melakukan kerja sebagai pencipta kandungan secara sepenuh masa.

Kalau tidak dapat sebanyak itu ia adalah satu pembohongan. Saya sudah lapan tahun dalam bidang ini.

Bagaimana mereka boleh mendapat pendapatan sebanyak ini? Mudah sahaja dengan jumlah pengikut yang ramai dapat menarik pelbagai jenama untuk berkolaborasi.

Ada juga kedai-kedai yang panggil untuk buat ulasan produk, kempen dan sebagainya.

Ini menjadikan nilai hingga RM60,000 sebulan tidak mustahil untuk diperoleh oleh seorang pencipta kandungan.

Bidang ini sebenarnya ada potensi dan alternatif. Jika konsisten dan bersungguh-sungguh pencipta kandungan boleh dijadikan kerjaya.

Bagaimanakah cara untuk mendapat pengikut atau tontonan yang tinggi sebagai usaha menarik minat pihak lain bekerjasama?

Untuk mendapatkan tontonan video yang tinggi hingga mencecah satu juta atau dua juta, ia memerlukan teknik, kemahiran, tip, rahsia dan helah tersendiri. la tidak boleh berlaku dengan sengaja.

Antara teknik saya lakukan untuk mendapatkan tontonan lebih sejuta dalam masa 48 jam adalah menerusi 'hook' video. la adalah 'highlight'(sorotan) yang diletakkan pada awal video bagi tujuan memastikan penonton kekal lama untuk menonton.

Bagi mereka baru berjinak-jinak membuat kandungan, TikTok akan sepadankan kandungan dengan niche iaitu topik tertentu yang menjadi minat pengguna TikTok.

Sebab itu walaupun jumlah pengguna TikTok ramai, ini menjadi semakin mengecil mengikut 'niche' yang disepadankan mengikut kandungan, sekali gus semakin mengecil apabila kandungan itu berkaitan jualan.

Ada individu yang buat lima atau enam video sehari, tetapi dari segi tontonan mengecewakan. Ini disebabkan mereka tidak tahu mengenai 'niche', 'hook' video dan jalan cerita.

Justeru, cara untuk mengatasi masalah ini anda perlu banyak belajar.

Pencapaian anda dalam bidang ini?

Alhamdulillah, saya pernah mencipta satu konsep video iaitu parodi filem Tamil hingga mendapat 12 juta tontonan. Beberapa bulan pertama mencecah 7.8 juta dan kini mencecah lebih 12 juta.

Ia adalah kenangan manis kerana tontonan yang tinggi, maka capaian sangat banyak. Ia adalah bagi seorang pencipta kandungan apa bila berjaya menyampaikan projek dihasilkan dengan pencapaian luar biasa.

Pelanggan pun gembira. Alhamdulillah, dalam tempoh lapan tahun ini juga saya berjaya naikkan beberapa jenama. Ini kekuatan kandungan kerana dapat membantu individu tidak dikenali menjadi dikenali. Itu kerja saya sebagai pencipta kandungan.

Komisen

332212766_1694538187609888_1106638302793908133_n

Mohd Fatih berkata, pengguna boleh menggunakan program gabungan atau 'affiliate' untuk mendapat pendapatan daripada TikTok. — Facebook/Fatih Fatoni

Bagaimana anda boleh mencari peluang menjana pendapatan di TikTok?

Mohd Fatih: Saya bermula sekadar suka-suka pada Januari 2023 dengan membuat video ulasan berkaitan barangan terdapat di rumah.

Sebenarnya, apa sahaja barangan di kediaman kita boleh membantu menjana pendapatan.

Tidak kisah sama ada ia perkakas dapur, beg duit, penyedut hampagas atau tikar, ia adalah rezeki jika kita bijak menggunakannya di platform yang betul.

Tidak semestinya barangan tu dibeli di TikTok. Memadai produk perlu sama yang ada dijual di aplikasi berkenaan.

Ini dipanggil program gabungan atau 'affiliate'.

Contohnya, sarung telefon pintar yang dibeli di kedai. Jika ada dijual di TikTok kita boleh menghasilkan video berkaitan lalu jual di aplikasi sama.

Kaedahnya, hasilkan video kelebihan sarung berkenaan, seterusnya cari pautan kedai Tik Tok yang menjualnya di TikTok dan muat naik video berkenaan.

Itu sahaja kaedah menjana pendapatan dengan mudah di TikTok.

Tanpa mengeluarkan sebarang modal, hanya menggunakan barangan di sekeliling, mempunyai akaun TikTok dan telefon pintar untuk menghasilkan video.

Berapakah komisen diperoleh bagi setiap jualan?

Komisen bergantung kepada kedai antara dengan ada antaranya menawarkan 25 peratus daripada harga jualan.

Paling tinggi saya pernah dapat sebanyak 15 peratus bagi produk penyegar muka.

Produk ini saya beli di Shopee, tetapi disebabkan ia dijual di TikTok, jadi saya hasilkan video berkaitan produk berkenaan.

Lagipun tidak menjadi kesalahan di TikTok, asalkan barangan itu ada dijual di platform mereka.

Sehari kebiasaannya, saya sasar jualan RM3,000, jadi dapatlah komisen sekitar RM200 hingga RM300.

Di sebalik memperoleh komisen berkenaan, pengguna harus tahu TikTok juga akan mengambil sedikit komisen daripada jumlah yang diperoleh bagi setiap pengeluaran.

Jika pengeluaran bawah RM5,000, TikTok akan ambil 65 sen. Atas daripada jumlah itu TikTok akan kenakan bayaran RM1.

Untuk pengeluaran ada dua kaedah iaitu secara auto dan manual. Bagi auto, TikTok akan keluarkan pada setiap Rabu dan manual bergantung pada kita.

Dalam tempoh setahun enam bulan, saya melakukan ini secara separuh masa, ia sudah mencecah lebih RM40,000.

Adakah anda bersetuju pencipta kandungan boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa?

Tidak, anda perlu mencari pekerjaan tetap bagi menjamin masa depan.

Walaupun kerjaya ini menjanjikan pendapatan lumayan, namun pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Misalnya, negara jiran, Indonesia telah mengharamkan transaksi e-dagang dalam TikTok berikutan mem-beri pendapatan tinggi kepada peniaga dalam talian.

Namun, pada masa sama menjejaskan peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara fizikal.

Biarpun Indonesia hanya mengharamkan transaksi e-dagang dan bukan TikTok sepenuhnya, bukan semua pengguna TikTok berkeupayaan menjadi pencipta kandungan yang berjaya.

Impak kandungan

2258489

Muhammad Ryan ketika menerima trofi Popular Creator of the Year semasa Anugerah TikTok Malaysia 2023 pada Ahad. — Instagram/RyanFahmiBakery

Apakah faktor mendorong anda menjadikan TikTok Tok sebagai platform untuk menjana pendapatan?

Muhammad Ryan: Selepas hilang pekerjaan ketika Covid-19 saya menjual popia dan ikan beta bagi kelangsungan hidup.

Semasa berniaga, saya terfikir cara menambah pendapatan. Daripada situ, terdetik dalam hati untuk menjadi pencipta kandungan. Saya mulakan dengan apa sahaja yang ada ketika itu, janji dapat buat kandungan.

Sejujurnya, tidak pernah menyangka bahawa kandungan yang dicipta mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat.

Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil. Dengan menjadi pencipta kandungan ia mengubah hidup saya.

Terima kasih TikTok dan mereka yang sentiasa menyokong dan meminati kandungan disajikan.

Bagaimana anda mendapat idea untuk menghasilkan sesuatu kandungan?

Saya cenderung menghasilkan kandungan berkaitan perjalanan hidup zaman kanak-kanak kerana saya percaya semua orang pernah melaluinya.

Jadi, apabila penonton kaitkan video itu dengan kehidupan peribadi, secara tidak langsung menjadi hiburan buat mereka.

Kebiasaannya, video dihasilkan durasinya pendek dan mesej ingin disampaikan boleh diterima penonton.

Respons yang diberikan di ruang komen masing-masing menceritakan kenangan bersama insan tersayang.

Mengenai idea, saya sebenarnya mempunyai senarai kandungan ingin dihasilkan.

Biasanya, saya akan tulis apa sahaja terlintas dalam fikiran dan simpan. Kemudian barulah meng hasilkan video.

Ada masanya komen pengikut juga membantu saya mendapatkan idea. Malah, ada juga menghantar mesej secara peribadi minta saya hasilkan kandungan berdasarkan idea mereka. Saya terima idea itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram