SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi low level crossing di Sungai Simpangan, Kota Marudu, Sabah pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat dilaporkan berkata, kejadian berlaku apabila kereta pacuan empat rodanya tersangkut di batu sungai sebelum arus.
Mohd Hasbi, mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan naik ke bumbung kereta ketika itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara angin kencang, jurupandu parasailing terjunam, maut jatuh masuk laut di Phuket
BACA LAGI: 'Rugi kalau tak dimanfaat', penulis akui tak boleh lari guna AI, bantu cepat proses hasilkan buku
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera kemudian digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada penduduk kampung.
"Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah hanyut oleh arus deras ketika cuba menyeberangi jalan konkrit di sungai berkenaan.
"Pasukan bomba lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) bertindak menyeberang sungai untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali," katanya.
Beliau juga berkata, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke lokasi yang lebih selamat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram