Lelaki Nepal tikam rakan sedang tidur gara-gara tak puas hati keputusan perlawanan kriket


  • 112
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Pergaduhan tersebut berlaku di asrama kilang di Kampung Pondok Kempas, Jasin, Melaka.

SEORANG lelaki warga Nepal tergamak menikam rakan senegaranya sehingga parah hanya gara-gara berselisih faham mengenai perlawanan kriket.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 5.10 pagi, Rabu memaklumkan berlaku pergaduhan di asrama kilang di Kampung Pondok Kempas, Jasin, Melaka.

Menurutnya, punca pergaduhan adalah kerana tidak puas hati mengenai perlawanan pasukan kriket Nepal dan ketika itu pergelutan suspek dan mangsa berjaya dileraikan penghuni asrama lain.

BACA LAGI: Dari kecil jarang masuk dapur, bekas juruukur bahan kini miliki 'central kitchen' sendiri bekalkan kek sekitar Lembah Klang

BACA LAGI: Ketepi rasa malu, bekas 'cleaner' hospital tawar servis cucian cermin profesional sekitar Johor

"Namun selepas itu suspek berusia 23 tahun (yang tidak puas hati) bertindak menikam mangsa berusia 28 tahun dengan pisau sewaktu dia sedang tidur.

"Mangsa yang cedera parah di kepala, tangan dan dada kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Jasin," katanya dalam satu kenyataan.

Md Nazri berkata, suspek berjaya ditahan di belakang asrama pekerja itu pada Jumaat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Suspek turut cedera di badan, muka, mulut, tangan dan kaki adalah pemandu lori manakala, mangsa operator pengedaran telur," jelas beliau. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram