SEORANG remaja perempuan yang disyaki menikam ibu saudaranya dengan pisau di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kertas siasatan kes itu telah lengkap dan pihaknya menerima arahan untuk mendakwa suspek.
"Kertas siasatan berhubung kes tikam membabitkan remaja perempuan itu telah selesai setakat ini.
"Mangsa yang merupakan ibu saudaranya berusia 35 tahun dilaporkan stabil dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta," katanya.
BACA LAGI: Elak dicekup polis, lelaki ditemukan lemas di Besut
BACA LAGI: Tukang masak maut, bayi 7 bulan kritikal terbabit nahas lepas hadir majlis tunang di Kluang
Majistret Nurul Ainna Ahmad sebelum ini membenarkan suspek direman bermula Sabtu hingga Isnin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.
Pada Jumaat lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan ditahan selepas menikam ibu saudaranya di bahagian perut dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.
Pertengkaran antara suspek dan mangsa berusia 35 tahun itu berlaku di ruang tamu rumah mereka. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram