Remaja perempuan 14 tahun tikam ibu saudara di Pulau Pinang direman 3 hari, positif syabu


  • 112
  • Sabtu, 04 Jan 2025

Seorang wanita mengalami cedera di perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya di sebuah flat di Jalan Perai Jaya dekat Perai, Pulau Pinang pada Jumaat.

SEORANG wanita mengalami cedera di perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya di sebuah flat di Jalan Perai Jaya dekat Perai, Pulau Pinang pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 11.30 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, remaja perempuan berusia 14 tahun itu tinggal bersama ibu saudaranya sejak empat hari lalu kerana menghadapi masalah keluarga.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu jengkaut maut kena hempap kren angkut mesin kuari di India

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia

"Kejadian tikaman itu berlaku ketika mereka berada di ruang tamu rumah itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, pertengkaran mulut berlaku antara mereka apabila suspek ingin kembali tinggal bersama ibu kandungnya, namun dihalang oleh mangsa.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Suspek ditahan di lokasi kejadian bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata," ujarnya.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan suspek direman tiga hari bermula Sabtu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Terdahulu, suspek yang berusia 14 tahun dan sudah tidak bersekolah itu tiba di pekarangan Mahkamah Bukit Mertajam dengan dikawal anggota polis pukul 9.10 pagi Sabtu.

Difahamkan, suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram