Kompleks sukan Pahang bakal beroperasi menjelang September


  • Primer
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Kombes akan menjadi hab untuk aktiviti kemasyarakatan dan menyokong pembangunan sukan. — The Star

KOMPLEKS Sukan Negeri Pahang (Kombes) yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat kepada orang ramai termasuk atlet.

Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, projek yang dijangka siap pada Jun nanti dijadikan sebagai hab untuk aktiviti kemasyarakatan dan menyokong pembangunan sukan.

"Kompleks sukan yang dinaik taraf ini terletak di atas tanah negeri seluas 4.5 hektar akan menjadi mercu tanda baharu dan terletak di tengah-tengah Kuantan, Pahang.

"Lokasinya yang strategik akan membolehkan belia dan atlet melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan," katanya.

BACA LAGI: Polis sahkan ada unsur kecuaian, pengabaian sebab kematian bayi 4 bulan di taska Saujana Bandar Putra

BACA LAGI: Taska terkait kes kematian bayi 4 bulan di Saujana Putra tiada lesen, diarah tutup

Katanya, kompleks itu juga akan mempunyai kemudahan yang direka untuk orang kelainan upaya (OKU), 32 bilik penginapan, dewan berkapasiti 1,000 orang, auditorium dan empat kiosk bagi usahawan muda menjalankan perniagaan.

Projek yang bermula pada 29 Mac 2021 itu awalnya dijadualkan siap dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, tempoh menyiapkan projrk tersebut dilanjutkan atas beberapa faktor termasuk perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika Covid-19, gangguan cuaca, perubahan skop kerja serta aktiviti pembinaan tambahan di tapak.

"Sehingga Disember, projek itu sudah siap sebanyak 72 peratus dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi jadual yang telah disemak.

"Saya akan terus memantau kemas kini setiap bulan tentang kemajuan projek dan kompleks itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang September nanti," katanya.

Kompleks tersebut akan merangkumi kemudahan baharu seperti bangunan pentadbiran, asrama, gimnasium, gelanggang serba guna, gelanggang futsal berbumbung, padang bola sepak dengan trek olahraga, gelanggang petanque dan sebagainya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram