Polis sahkan ada unsur kecuaian, pengabaian sebab kematian bayi 4 bulan di taska Saujana Bandar Putra


  • 112
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Bayi berusia empat bulan yang dibawa pulang dari taska di Bandar Saujana Putra dalam keadaan tidak bernyawa.

TERDAPAT unsur kecuaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu keputusan analisa makmal untuk mengesahkan punca kematian mangsa.

Mohd Akmalrizal berkata, hasil siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh kerana meninggalkan mangsa dalam tempoh masa yang lama tanpa pemantauan.

BACA LAGI: Taska terkait kes kematian bayi 4 bulan di Saujana Putra tiada lesen, diarah tutup

BACA LAGI: Polis siasat kematian bayi 4 bulan ketika dibawa ke klinik di Bandar Saujana Putra

"Pihak polis sudah mengambil keterangan daripada enam individu termasuk pengasuh yang disyaki terlibat.

"Kertas siasatan sudah dirujuk ke Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Terdapat beberapa arahan yang perlu diambil tindakan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sudah mengarahkan taska yang terlibat dalam kes tersebut untuk menghentikan operasi.

JKM pada masa sama hadir ke taska berkenaan dan mengarahkan taska menghentikan operasi bermula Selasa lepas.

Dalam kejadian sama, polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 3.29 petang daripada seorang doktor sebuah klinik yang memaklumkan bayi tersebut dibawa oleh seorang pengasuh dalam keadaan pucat kebiruan pada bibir dan kaki, tanpa nadi, nafas, atau pergerakan mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram