PENGALAMAN mengunjungi aktiviti di 'rumah hantu' bertukar trauma buat dua murid Darjah Enam di Melaka selepas mereka didakwa dicabul oleh seorang guru lelaki berusia 43 tahun.
Pemangku Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Kanan Datuk Md Nazri Zawawi berkata, kedua-dua murid perempuan itu ditemukan dalam keadaan menangis dan terketar-ketar selepas menyertai aktiviti rumah hantu itu, yang diadakan untuk karnival sekolah pada Rabu.
"Kedua-dua mangsa diajak masuk ke dalam 'rumah hantu' oleh suspek untuk merasai pengalaman menyeramkan ketika mereka sedang melakukan ketika raptai.
"Dia didakwa meraba kedua-dua bahagian sulit dan dada mangsa," katanya pada Khamis.
BACA LAGI: KPT takkan kompromi, pensyarah UM didakwa hantar gambar tidak senonoh kepada beberapa pelajar
BACA LAGI: Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual ditahan kerja
Md Nazri berkata, karnival sekolah itu dijadualkan pada Jumaat dan suspek telah menjemput kedua-dua murid terbabit ke rumah hantu itu sebelum acara berlangsung.
Kedua-dua mangsa yang ketakutan segera berlari ke pejabat guru besar selepas pengalaman traumatik mereka pada pukul 10 pagi pada Rabu.
"Mangsa mula menangis dan menggigil ketika menceritakan pengalaman pahit mereka kepada guru besar. Beberapa guru dipanggil ke pejabat untuk menenangkan mereka," katanya.
Md Nazri berkata, kedua-dua mangsa memberitahu guru besar bahawa suspek telah melakukan gangguan seksual terhadap mereka dari arah belakang di dalam rumah berhantu itu.
Guru besar berusia 53 tahun terbabit kemudiannya memanggil suspek ke pejabatnya dan menyoalnya mengenai kejadian berkenaan.
Suspek menafikan dakwaan itu dan menuduh mangsa berbohong.
Md Nazri berkata, guru besar menghubungi ibu bapa kedua-dua mangsa sebelum membuat laporan pada 12.48 tengah hari di balai polis Tanjung Minyak pada Rabu.
Tambahnya, suspek kini direman sehingga 14 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat bagi setiap kesalahan jika sabit bersalah.
Ujarnya, suspek positif dadah semasa saringan. — The Star/RSN MURALI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram